Wednesday, May 8, 2024
HomeNewsSelebriti Malaysia Kongsi Pandangan & Pengalaman Anak Mereka Belajar Melalui DidikTV

Selebriti Malaysia Kongsi Pandangan & Pengalaman Anak Mereka Belajar Melalui DidikTV

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Viral tempoh hari ada ibu dan ayah bertukar jadi ‘singa’ di rumah sebab mahu anak mereka fokus belajar

Bila dah berada di rumah ni memang lain sikit suasananya maka tak hairanlah kadang-kadang tu ada pelajar yang memang liat nak join kelas dalam talian dan sesi PdPR.

Namun, dengan adanya DidikTV semuanya jadi lebih mudah. Banyak ibu bapa memberikan respon yang positif dan memberangsangkan mengenai program ini. 

Jadi, tak hairanlah kalau selebriti-selebriti ini memberi respon positif dan support DidikTV.

“Sahabat kepada murid untuk mengulangkaji” – Ahmad Fedtri Yahya

Image via OHBULAN!

Bukan mudah menjadi ayah kepada dua orang cahaya mata, namun saudara Ahmad Fedtri Yahya yang juga pengacara dan penerbit program TV terkenal sempat berkongsi pandangan dan pengalaman anak beliau menjalani sesi P&P bersama DidikTV dengan pihak kami.

Menurut beliau, DidikTV menampilkan program yang amat bermanfaat sebagai sahabat kepada murid untuk mengulangkaji dan mendapat gambaran terhadap subjek yang dipelajari.

Image via ohbulan.com

“Anak -anak saya pada mulanya menyangka ia saluran YouTube tetapi rupanya siaran TV. Mereka memiliki jadual dan dapat melihat waktu mana disiarkan subjek yang berkaitan dengan mereka. Jika bertemu di kelas nanti, mereka ada modal untuk bercerita dengan rakan sekelas.” katanya.

Image via ohbulan.com

Tambah beliau, pandangan dan maklum balas pihak yang berkaitan seperti ibu bapa, guru, aktivis pendidikan, media, pemerhati dan orang awam perlu diambil agar kualiti program DidikTV dapat dipertingkatkan, kepelbagaian dapat dicipta dan memberi impak positif kepada pendidikan negara. Suatu anjakan dalam proses memantapkan PdPR di negara kita.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments