Friday, September 27, 2024
HomeBREAKING NEWSSambutan Krismas di WP dibenarkan

Sambutan Krismas di WP dibenarkan

KUALA LUMPUR: Aktiviti di rumah ibadat bukan Islam (RIBI) bagi Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Krismas dibenarkan mengikut had kehadiran ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional WP Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan kebenaran itu selaras SOP dan protokol sambutan perayaan yang dikeluarkan MKN bagi tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) pemulihan dan PKP Bersyarat (PKPB).

“Upacara sembahyang di rumah ibadat seperti Minor Basilica, Cathedral, Gereja dan Chapel adalah berdasarkan 1/3 keluasan untuk satu sesi bagi RIBI bersaiz besar atau tidak lebih 30 orang untuk satu sesi bagi RIBI bersaiz kecil,” menurut kenyataan itu.

Pada Jumaat lepas, MKN bersetuju membenarkan penganut Kristian mengikuti upacara sembahyang pada 24 dan 25 Dis di kawasan PKPP dan PKPB dengan aktiviti kunjung mengunjung hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan.

Bagaimanapun, rumah terbuka dan aktiviti “carolling” dari rumah ke rumah di kawasan PKPP, PKPB, dan PKP diperketatkan tidak dibenarkan.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments