Friday, April 26, 2024
HomeBREAKING NEWSRizab air terawat enam negeri, termasuk Johor, Sabah, dan Selangor bawah KPI...

Rizab air terawat enam negeri, termasuk Johor, Sabah, dan Selangor bawah KPI SPAN

Ahmad Masrizal Muhammad. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kadar rizab air terawat di enam negeri adalah bawah 15% iaitu lebih rendah daripada yang ditetapkan kerajaan, setakat suku kedua tahun ini, kata Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Ahmad Masrizal Muhammad.

Beliau berkata negeri terlibat ialah Johor (11.3 %); Sabah (8.3 %); Perlis (7.1 %); Selangor (1.5 %); Kelantan (-0.2 %) dan Kedah (-2.3 %).

Beliau berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menetapkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) rizab margin air terawat yang diperlukan adalah antara 10% hingga 15%.

Masrizal berkata kadar rizab margin air terawat seluruh negara, 11.5% bersamaan 1,943 juta liter/sehari sehingga suku kedua tahun ini.

Beliau berkata bagi Selangor, Loji Langat 2 yang dijangka siap pada 2023 akan meningkatkan kadar rizab margin air terawat di negeri itu kepada 10 %.

Sementara bagi Kelantan, Loji Kg Teluk yang dijangka siap pada 2021 akan meningkatkan rizab margin air terawat negeri itu kepada 4%.

“Bagi Kedah, lima loji telah dilulus tender yang dijangka siap pada 2023 dan akan meningkatkan rizab margin air terawat kepada 21%,” katanya.

Beliau berkata selain pembinaan loji rawatan air baharu dan menaik taraf loji rawatan sedia ada, inisiatif pengurangan kadar kehilangan air tidak terhasil (NRW) dengan penggantian paip usang dan rosak serta membaiki tangki perkhidmatan dilakukan bagi meningkatkan kadar rizab margin air terawat negara.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments