Friday, May 17, 2024
HomeNewsRakyat Malaysia Kongsi Pengalaman & Suasana Berpuasa Di Hong Kong Ketika Pandemik...

Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman & Suasana Berpuasa Di Hong Kong Ketika Pandemik Covid-19

Artikel ini disumbangkan oleh Hong Kong Tourism Board.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sama seperti umat Islam di seluruh dunia, 300,000 umat Islam di Hong Kong turut menjalankan ibadah di bulan Ramadan

Sebagai sebuah bandar yang menghargai kepelbagaian, Hong Kong menyediakan banyak pilihan tempat makan dan kedai halal untuk umat Islam dan pelancong tempatan. 

Bandar pulau ini juga mempunyai empat masjid besar iaitu Masjid Kowloon, Masjid Al Ammar, Masjid Jamie dan Masjid Chai Wan; dan tempat ibadat yang lebih kecil.

Masjid Kowloon di Hong Kong.
Image via Hong Kong Tourism Board

Amalan biasa bagi masyarakat Islam pada bulan Ramadan termasuk berkumpul untuk solat Ramadan khusus di masjid, berbuka puasa bersama di masjid di mana para jemaah akan membawa makanan dan barang keperluan untuk dikongsi dalam kalangan masyarakat.

Ramadan tahun lepas dan tahun ini amat berbeza sekali daripada tahun-tahun sebelumnya

Menurut Muhammad Arshad, Ketua Imam di Hong Kong, suasana Ramadan di Hong Kong telah berubah sejak pandemik melanda tahun lalu. Masjid telah ditutup selama kira-kira separuh daripada Ramadan pada tahun lepas. 

Disebabkan oleh langkah-langkah keselamatan dan kesihatan, jemaah dikehendaki menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka semasa solat di masjid.

Ketua Imam Muhammad Arshad di Masjid Kowloon.
Image via Hong Kong Tourism Board

“Malah, Ramadan tahun lepas dan tahun ini amat berbeza sekali daripada tahun-tahun sebelumnya. 

“Walaupun kami masih mengerjakan solat Tarawih, langkah-langkah penjarakan sosial dan keselamatan dilaksanakan, kami tidak menganjurkan perhimpunan bersama untuk berbuka puasa, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana para jemaah akan membawa makanan dan minuman untuk dikongsi dengan masyarakat.

“Sebelum pendemik melanda, terdapat perhimpunan setiap malam seramai kira-kira 1,500 hingga 2,000 orang di Masjid Kowloon sahaja, tapi kini kami hanya solat dengan kakitangan masjid sahaja,” katanya.

Pandemik ini juga telah memberi kesan kepada kedai makanan halal di Hong Kong

Encik Ma, pemilik Restoran Ma, restoran Cina halal yang popular di Hong Kong.
Image via Hong Kong Tourism Board

Restoran Ma adalah restoran Cina halal yang popular dalam kalangan umat Islam; bagi kedua-dua penduduk tempatan dan pelancong. 

Daripada mi daging lembu Shanghai dan sup pedas hingga kepada stew daging anak lembu dan pelbagai pilihan dim sum, pelanggan Ma disajikan dengan menu Cina halal yang pelbagai.

Sebelum berlakunya pandemik, pelanggan perlu membuat pesanan makanan terlebih dahulu apabila mereka pergi ke restoran Ma untuk iftar. 

“Disebabkan oleh sekatan perjalanan dan masalah kesihatan sekarang, trafik menjadi perlahan dan kebanyakan orang berasa lebih selamat untuk makan di rumah. 

“Kami mula memberi lebih tumpuan kepada penghantaran melalui pihak ketiga dan pengambilan sendiri kerana pelanggan kami berasa lebih selesa menikmati makanan mereka di tempat persendirian,” kata Encik Ma, pemilik Restoran Ma.

Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, ketersediaan makanan dan bahan halal telah meningkat dengan ketara

Bawa pulang dim sum dari Restoran Ma.
Image via Hong Kong Tourism Board

Sementara itu, peminat restoran Ma di Sham Shui Po, Anisha Parvin dari Malaysia baru-baru ini pula memesan dim sum dari Restoran Ma untuk berbuka puasa bersama suami dan kedua anaknya.

Sejak berpindah ke Hong Kong 12 tahun yang lalu apabila dia mengahwini suaminya, seorang warganegara Hong Kong, Anisha telah beberapa kali menyambut Ramadan di Hong Kong, kerana dia tidak dapat pulang ke Malaysia setiap tahun.

Mengenang kembali masa lalu, Anisha teringat bahawa sebelum pandemik melanda, masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui memberikan makanan percuma pada bulan Ramadan; mereka menyediakan bubur panas, samosa dan jus pada waktu berbuka. Ia akan menjadi sangat sesak, dan orang ramai pergi lebih awal untuk mengambil makanan mereka.

“Kadang-kadang, kami pergi ke Masjid al Amar di Wan Chai untuk berbuka puasa. Semasa bulan Ramadan, selama 30 hari mereka menawarkan makanan percuma kepada semua umat Islam untuk berbuka puasa,” katanya ketika mengimbas kembali.

Selain dari dimsum dari Restoran Ma, Anisha juga sering mengunjungi Pusat Kantin Islam di Masjid al Amar untuk memakan dim sum sebelum berlakunya pandemik. Kini, Anisha dan keluarganya biasanya berbuka puasa di rumah.

“Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, ketersediaan makanan dan bahan halal telah meningkat dengan ketara. Sekarang, kami boleh mendapatkan banyak barangan halal dari Malaysia atau Indonesia, jadi kami boleh memasak semuanya dengan mudah di rumah,”

Anisha dan keluarganya biasanya mendapatkan ayam dan daging merah halal mereka di pasar Tsim Sha Tsui, dan ikan serta sayur-sayuran mereka dari pasar Tseung Kwan O atau pasar Sheung Tak.

Harga yang sangat berpatutan untuk dim sum di Pusat Kantin Islam di Wan Chai

Muzzil di Puncak Kowloon dan Puncak Lantau.
Image via Hong Kong Tourism Board

Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia, Muzzil Qayyum Khairat berkongsi bahawa dia sering mengunjungi kedai makanan dan minuman halal di seluruh Hong Kong apabila beliau berpindah ke Hong Kong untuk bekerja pada tahun 2019.

Terdapat beberapa tempat makan halal di seluruh Hong Kong tetapi makanan Cina halal yang terkenal (berbanding dengan makanan halal Turki atau Asia Selatan) adalah makanan Islam di Bandar Kowloon dan Pusat Kantin Islam di Wan Chai.

“Saya pernah membawa seorang rakan bukan Islam untuk makan di kantin di Wan Chai dan beliau berkata ia antara dim sum yang terbaik di bandar, apatah lagi dengan harga yang sangat berpatutan untuk dim sum,” katanya ketika mengimbas kembali.

Sebagai seorang yang aktif dan mementingkan kesihatan, Muzzil biasanya memasak makanan sendiri. “Saya mendapatkan daging halal dari kedai runcit halal di Cheung Sha Wan atau Sham Shui Po yang sering saya kunjungi sejak tahun 2019,” kata Muzzil.

Rindukan suasana menyambut Ramadan dan Raya bersama keluarga di tanah air

Muzzil di Masjid Kowloon.
Image via Hong Kong Tourism Board

Walaupun bahan makanan dan restoran halal senang dijumpai di seluruh Hong Kong, Anisha and Muzzil masih merindui Malaysia kerana Ramadan dan Raya adalah sambutan sekeluarga dan kedua-dua keluarga mereka masih berada di Malaysia.

Pandemik atau tidak, oleh kerana mereka berada jauh dari rumah, kedua-dua Anisha dan Muzzil berkongsi bahawa mereka sering berpanggilan video dengan keluarga mereka di Malaysia sepanjang bulan Ramadan, dan pada hari Raya pertama.

Anisha, bersama keluarganya di Hong Kong, biasanya pergi ke Masjid Kowloon untuk solat Raya mereka.

“Dahulu terdapat tiga sesi solat disebabkan oleh orang yang ramai. Semua umat Islam di Hong Kong akan berada di sini, jadi anda boleh bayangkan orang yang ramai dan semua orang memakai pakaian baharu serta meraikannya di bawah satu bumbung. Saya sangat menikmatinya.” kongsinya.

Ketua Imam Muhamad Arshad.
Image via Hong Kong Tourism Board

Walaupun amalan tertentu telah berubah, Ketua Imam Arshad berkongsi bahawa Ramadan adalah bulan yang menuntut umat Islam untuk bersatu melangkaui agama, tetapi dengan umat manusia secara keseluruhan.

“Cabaran yang datang dengan pandemik ini telah menyatukan kita semua bersama untuk mempertahankan diri tanpa mengira warna kulit, kepercayaan dan negara.

“Ramadan mengajar kita disiplin, kebertanggungjawapan diri dan menjaga orang lain, jadi tidak ada masa yang lebih baik untuk mempraktikkannya daripada bulan suci ini,” katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments