Tuesday, September 24, 2024
HomeBREAKING NEWSPutrajaya digesa definisi semula ‘kontak rapat’ untuk kekang penyebaran Covid-19

Putrajaya digesa definisi semula ‘kontak rapat’ untuk kekang penyebaran Covid-19

ADUN Selangor, Rajiv Rishyakaran berkata, ujian besar-besaran diperlukan untuk memastikan orang yang tidak sengaja membawa virus itu.

PETALING JAYA: Terdapat keperluan mengkaji semula definisi “kontak rapat” untuk rakyat diuji Covid-19.

ADUN Selangor, Rajiv Rishyakaran menggesa kerajaan menggunakan definisi ditetapkan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia diuji Covid-19 serta mengekang penyebarannya.

Beliau dalam kenyataan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini mendefinisikan “kontak rapat” sebagai pendedahan berkaitan penjagaan kesihatan tanpa penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE), berkongsi bilik darjah atau ruang kerja dengan satu kes positif, perjalanan bersama seorang pesakit atau tinggal di rumah sama dengan individu dijangkiti virus itu.

Sebaliknya, CDC mendefinisikannya sebagai “seseorang yang berada dalam jarak enam kaki daripada orang dijangkiti dengan kumulatif 15 minit atau lebih dalam tempoh 24 jam bermula dua hari sebelum permulaan penyakit (atau, untuk pesakit tanpa gejala, dua hari sebelum spesimen ujian diambil) sehingga pesakit itu diasingkan”.

ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran.

“Terdapat perbezaan besar dalam dua definisi di atas, dengan CDC meliputi lebih ramai orang yang berpotensi terdedah. Itulah yang perlu dicontohi KKM dan mendefiniskan semula kriteria kontak rapat,” kata Rajiv.

Wakil rakyat Bukit Gasing itu berkata, ujian besar-besaran diperlukan untuk memastikan orang yang tidak sengaja membawa virus itu, khasnya selepas sekatan perjalanan dibatalkan.

“Kita perlu menguji lebih ramai orang dan satu-satunya cara melakukannya adalah menjadikan ujian saringan lebih mudah didapati dan memperluaskan definisi serta skop istilah ‘kontak rapat’.

“Apabila tidak cukup orang diuji, mereka yang tidak tahu mereka dijangkiti akan terus menyebarkan virus itu.”

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments