Friday, October 18, 2024
HomeBREAKING NEWSPolis Hantar Remaja Ambil Exam Dan 9 Lagi Artikel 'Feel Good' Sepanjang...

Polis Hantar Remaja Ambil Exam Dan 9 Lagi Artikel ‘Feel Good’ Sepanjang Tahun 2020!

Sedar tak sedar, kita sudah tiba di penghujung 2020 dan tahun 2021 pula bakal membuka tirainya tidak lama lagi

Sepertimana yang kita semua tahu, pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia merupakan sejarah hitam dan pastinya tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Namun, di sebalik kesedihan dan pelbagai dugaan yang berlaku sepanjang tahun 2020, masih banyak perkongsian positif yang kita dapat lihat dalam kalangan masyarakat dan menjadikan inspirasi buat orang ramai.

Alang-alang dah nak masuk tahun baru ini, jom kita throwback semula antara cerita feel good yang kami pernah kongsikan dalam SAYS Seismik sepanjang tahun 2020.

1. Lepas Bantu 250 Pemandu Van Sekolah, Ustaz Ebit Lew Bagi Haiwan Makan Pula Di Zoo Negara

Image via Ebit Lew (Facebook)

Digelar sebagai pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) kini cukup mendapat perhatian netizen susulan daripada keprihatinnya membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terbaru, UEL menyediakan 200 kilogram (kg) daging lembu dan 500 kg buah serta sayur-sayuran untuk disumbangkan kepada penghuni Zoo Negara bagi memastikan kebajikan haiwan itu terbela.

Image via Ebit Lew (Facebook)

Baca artikel penuh di sini.

2. Lelaki Ini Cuak Lepas Rosakkan Sudip Favourite Isteri, Netizen Pula Muncul Tolong Si Suami

Image via Suami Masak Apa Hari Ini? (Facebook)

Isteri selalunya sering kita lihat di dapur memasak untuk suami dan anak kerana air tangan mereka itu sangat istimewa. Namun, bukan hanya si perempuan saja yang pandai memasak pada zaman sekarang kerana kebanyakan telah dimonopoli oleh kaum lelaki sehingga ada yang bertaraf chef.

Lain pula dengan kejadian yang dialami lelaki ini apabila posting yang dimuat naiknya tular setelah dia mengadu kepada group di dalam Facebook mengenai kisahnya. Lelaki itu berkongsi gambar sudip yang telah cair semasa dimasak dipercayai milik isterinya.

Image via imgur.com

Baca artikel penuh di sini.

3. [VIDEO] Penjaga Kubur Abam Terima ‘Tetamu’ Ketika Nak Tutup Pagar. Ini Kisah Sebenarnya…

Image via @ustazhanafiah (Instagram)

Pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan telah memberikan kesan yang begitu mendalam bukan sahaja dalam kalangan rakan artis, malah juga untuk seluruh rakyat Malaysia.

Apa yang mengejutkan, terbaru seorang individu bernama Ustaz Hanafiah memuat naik sepotong video yang memaparkan kebaikan arwah Abam ketika dia masih hidup sehingga menyentuh hati netizen.

Image via freemalaysiatoday

Baca artikel penuh di sini.

4. “Semalam KFC, Hari Ini McDonald’s” – YDP Agong Belanja Media Makan, Siap Tolong Edar Lagi!

Image via Malay Mail (Facebook)

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan keprihatinan terhadap petugas media apabila mencemar duli turun menyerahkan makanan segera McDonald’s di pintu 2 Istana Negara.

Menariknya, YDP Agong sendiri telah turun padang dan turut membantu dalam mengedarkan juadah itu kepada para wartawan!

Image via twimg.com

Baca artikel penuh di sini.

5. Jalan Kena Tutup, Tapi Tindakan ‘Abang Polis’ Ini Hantar Remaja Ambil Exam Dipuji Netizen

Image via @aimadazfar (Twitter)

Rakyat Malaysia sememangnya suka bantu-membantu dan hal ini dapat memberikan inspirasi kepada semua orang.

Begitu juga dengan kisah perkongsian oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini yang tular di laman sosial tersebut, di mana seorang anggota polis telah menghantar sepupunya ke sekolah.

Image via @aimadazfar (Twitter)

Baca artikel penuh di sini.

6. [VIDEO] Sampai Minta Bantuan Jurubahasa Isyarat, Anggota Polis Ini Dipuji Tolong Orang OKU

Image via Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police (Facebook)

Tular baru-baru ini mengenai satu perkongsian video di laman Facebook yang menunjukkan seorang anggota polis mengambil inisiatif meminta bantuan daripada golongan itu ketika menerima laporan polis daripada seorang OKU.

Anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Nabilah itu telah menghubungi jurubahasa isyarat daripada Persatuan Orang Pekak Kedah (POPKDA) bagi membantunya.

Image via Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police (Facebook)

Baca artikel penuh di sini.

7. “Dia Dah Bantu Beribu Asnaf” – Amil Zakat Puji Aliff Syukri Tak Pernah Tinggal Bayar Zakat

Image via @acaiijawe (Twitter)

Usahawan kosmetik yang terkenal dengan tagline ‘terlajak laris’ iaitu Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sememangnya menjadi perhatian umum oleh kerana sikapnya dan suaranya yang lantang, serta video-video viralnya yang selalu mendapat kecaman orang ramai.

Namun begitu, di sebalik kontroversi yang pernah dicetuskan beliau, Aliff Syukri merupakan seorang yang tidak pernah mengabaikan kewajipan membantu golongan yang memerlukan.

Semuanya bermula gara-gara Aliff Syukri telah memuat naik gambar yang mempamerkan resit bayaran zakat di laman Instagram menyebabkan pengguna Twitter itu tampil menceritakan suatu perkara mengenai usahawan kosmetik berkenaan.

Image via @acaiijawe (Twitter)

Baca artikel penuh di sini.

8. “Kasih Seorang Guru” – Bimbang Tak Belajar, Cikgu Ini Sanggup Redah Hujan Demi Anak Murid

Image via Wan Ridhuan Muhammad (Facebook)

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila seorang lelaki memuat naik status dan beberapa keping gambar seorang guru di akaun Facebook milik peribadinya.

Cikgu Noor Aniza menyiapkan modul pembelajaran dan mengajak suaminya untuk menghulurkan kerja rumah kepada setiap anak murid. Sebanyak 7 perhentian dan 38 murid yang Cikgu Noor Aniza berjumpa untuk serahkan modul.

Image via Wan Ridhuan Muhammad (Facebook)

Baca artikel penuh di sini.

9. Kenali Datuk Dr Marzuki Mohamad, Insan Yang Bantu Menulis & Menyiapkan Ucapan Oleh PM

Image via Google

Datuk Dr Marzuki Mohamad, 46, merupakan insan di sebalik ucapan ringkas, teliti dan menyentuh hati yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac 2020. Tambahan pula, beliau dikatakan telah mempunyai pengalaman berkhidmat dengan Tan Sri Muhyiddin sejak tahun 2009 lagi.

Image via Sawarakvoice

Baca artikel penuh di sini.

10. Hiasi Muka Depan Majalah ‘Pepatung’, Ramai Terpukau Kecantikan YouTuber Sugu Pavithra!

Image via Pepatung

Siapa je yang tidak kenal dengan Sugu Pavithra? Saluran YouTube Sugu Pavithra merupakan hasil kolaborasi si isteri, S. Pavithra bersama suaminya, M. Sugu.

Baru-baru ini, tular di laman sosial, foto Pavithra membuat photoshoot yang ternyata telah membuat netizen sampai terpukau! 

Manakan tidak, rupa Pavithra benar-benar cantik seperti model terkemuka. Bukan itu sahaja, Pavithra turut mengenakan busana daripada pereka fesyen tempatan yang cukup terkenal, Dato’ Bernard Chandra, Dato’ Rizalman dan Wanpa.

Image via @nazrinuyop (Twitter)

Baca artikel penuh di sini.

Semoga 2021 dapat memberikan sinar kebahagiaan dan menjadi tahun yang terbaik buat kita semua. Selamat tahun baru guys!

via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments