Friday, October 18, 2024
HomeBREAKING NEWSPKPD di flat Desa Bistari P Pinang ditamat lebih awal hari ini

PKPD di flat Desa Bistari P Pinang ditamat lebih awal hari ini

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, penamatan PKPD di flat Desa Bistari, Pulau Pinang adalah lebih awal daripada yang dijadualkan, iaitu pada 31 Dis. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan penamatan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Flat Desa Bistari, Batu Uban, Timur Laut, Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan ) Ismail Sabri Yaakob berkata, penamatan PKPD itu adalah lebih awal daripada yang dijadualkan, iaitu pada 31 Dis.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) selesai melaksanakan saringan ke atas semua penduduk di lokaliti ini dan tiada lagi sampel menunggu keputusan.

“KKM turut mengesahkan baki kes positif COVID-19 di lokaliti ini terkawal dan menunjukkan trend penurunan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas mengenai kesalahan ingkar PKP beliau berkata, s1,002 individu ditahan dan daripada jumlah itu, 854 dikenakan kompaun, manakala 148 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP, termasuk aktiviti pusat hiburan (687), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (125), tidak memakai pelitup muka (69), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63) dan lain-lain (58),” katanya.

Mengenai Operasi Benteng beliau berkata, 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, sementara tiga kenderaan darat diberkas dalam 115 sekatan jalan raya di seluruh negara.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan, terutamanya di lorong tikus,” katanya.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments