Sunday, September 8, 2024
HomeBREAKING NEWSPeruntukan kementerian Zuraida lulus dengan undian belah bahagi

Peruntukan kementerian Zuraida lulus dengan undian belah bahagi

Gambar Bernama.

KUALA LUMPUR: Peruntukan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa melepasi pembangkang melalui undian belah bahagi di Dewan Rakyat hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun mengumumkan 106 Ahli Parlimen bersetuju berbanding 96 orang yang membantah.

“Lapan belas lagi tidak hadir,” katanya selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong usul supaya peruntukan kementerian itu diputuskan menerusi undian belah bahagi.

Kelulusan itu bermakna geran “one-off” berjumlah RM8.6 juta kepada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) yang dibantah pembangkang turut diluluskan.

Sesi penggulungan RUU itu dibuat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang menyaksikan 18-0 jumlah peruntukan kepada kementeriannya diluluskan Dewan Rakyat di peringkat jawatankuasa.

KPKT diperuntukkan RM5.36 bilion dalam Belanjawan 2021, iaitu RM3.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM2.1 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments