Sunday, May 19, 2024
HomeNewsPerlukan Udara Segar? Ini 15 Tempat Rekreasi & Riadah Yang Menarik Di...

Perlukan Udara Segar? Ini 15 Tempat Rekreasi & Riadah Yang Menarik Di Klang Valley

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bosan asyik pergi mall dan kafe? Kan best kalau dapat pergi tempat rekreasi, boleh jalan-jalan sambil hirup udara segar

Image via GIPHY

Bukan sahaja dapat bersiar-siar, nak bersenam pun boleh. Joging, berbasikal dan lain-lain aktiviti boleh dilakukan di tempat ini. Ini masanya untuk amalkan gaya hidup sihat! 

Morning or evening walk? Settle!

Ini 15 tempat rekreasi & riadah yang menarik di Klang Valley:

1. Taman Tugu, KL

Image via Taman Tugu Project

Image via Alyssa Pong/SAYS

Terletak di tengah-tengah bandar KL, mempunyai tanah seluas 66 ekar. Sesuai untuk sesiapa yang minat hiking!

Harga tiket masuk: Percuma

Waktu operasi:

7am – 6.30pm (Setiap hari)

Alamat:

Taman Tugu, Pesiaran Sultan Salahuddin,

Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, WPKL.

2. Taman KLCC, KL

Image via @farouq.johari (Instagram)

Image via @zahan_tokwan (Instagram)

Taman KLCC ini terletak di belakang Suria KLCC. Di sini, terdapat trek joging dan taman permainan untuk kanak-kanak. Apa yang menarik, taman ini mempunyai pemandangan KLCC.

Harga tiket masuk: Percuma

Waktu operasi:

7am – 10pm (Setiap hari)

Alamat:

Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre,

50088 Kuala Lumpur.

3. Taman Eko Rimba, KL (KL Forest Eco Park)

Image via @ana_mischinchetasporelmundo (Instagram)

Image via @tiangfuiching (Instagram)

Dahulunya dikenali sebagai Bukit Nanas, Taman Eko Rimba di KL ini sangat menarik perhatian masyarakat. Di sini mempunyai taman permainan dan canopy-walk yang menjadi tumpuan semua pengunjung. Let’s do it for the gram!

Harga tiket masuk: RM10 (Pemegang MyKad), RM40 (Bukan pemegang MyKad) & RM1 (Kanak-kanak berumur 6-12 tahun)

Waktu operasi:

7am – 6pm (Setiap hari)

Alamat:

Bukit Nanas, Jalan Puncak,

Off Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.

4. Taman Central, Desa ParkCity, Kepong

Image via Desa ParkCity (Facebook)

Image via Desa ParkCity (Facebook)

Popular dalam kalangan penduduk dan bukan penduduk Desa ParkCity. Sangat sesuai jika anda suka bersenam, boleh joging, dan berbasikal. Piknik pun boleh!

Harga tiket masuk: Percuma

Waktu operasi:

6am – 11pm (Setiap hari)

Alamat:

C-3-1 Plaza Arkadia, 3, Persiaran Residen,

Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur.

5. Taman Tasik Titiwangsa, KL

Image via @shamroslee (Instagram)

Image via @thelittle_koty (Instagram)

Bestnya jalan petang-petang atau bersenam di sini. Tempat permainan untuk kanak-kanak pun ada tau! Bukan itu sahaja, apa yang lagi menarik, di sini juga terdapat penyewaan basikal, bot pedal dan skateboard.

Harga tiket masuk: Percuma

Waktu operasi:

7am – 7pm (Setiap hari)

Alamat:

Taman Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur,

Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia.

6. Taman Botani Putrajaya, Putrajaya

Image via @placesmalaysia (Instagram)

Image via @cloeeecloe (Instagram)

Apa yang menarik di Taman Botani Putrajaya selain mempunyai taman tasik yang luas, taman ini juga mempunyai bangunan Morocco Pavilion dengan struktur pembangunan yang unik. Persis luar negara! Boleh bawa family photoshoot di sini.

Taman Botani dibahagikan kepada empat iaitu, Explorer’s Trail, Palm Hill, Sun Gardens, Floral Gardens, dan Lakeside.

Harga tiket masuk: RM3

Waktu operasi:

9am – 7pm (Setiap hari)

Alamat:

Lebuh Perdana Barat, Presint 1,

62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

7. Taman Tasik Ampang Hilir, Ampang

Image via Trip Advisor

Image via @eekhor (Instagram)

Perlukan rehat dan ketenangan? Datang ke Taman Tasik Ampang Hilir! Anda boleh menyewa basikal dan scooter di sini.

Harga tiket masuk: Percuma

Waktu operasi:

6pm – 8pm (Setiap hari)

Alamat:

115, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan,

55000 Kuala Lumpur, WPKL.

8. Perdana Botanical Garden, KL

Image via @nh.hanilutfi (Instagram)

Image via @jayychw (Instagram)

Tempat ini sangat sesuai untuk anda yang sukakan piknik. Di sini juga terdapat Taman Bunga Raya dan Taman Orkid. Sesuai untuk sesiapa yang minat bunga! Perdana Botanical Garden merupakan taman yang paling besar dan luas di KL.

Harga tiket masuk: Percuma, Taman Orkid dan Taman Bunga Raya (RM1)

Waktu operasi:

7am – 8pm (Setiap hari)

Alamat:

Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana,

55100 Kuala Lumpur, WPKL.

9. Taman Botani Negara, Shah Alam

Image via Wiki

Image via @shnorsukhairin (Instagram)

Sukakan aktiviti lasak? Anda boleh beriadah di Taman Botani Negara, Shah Alam. Ada pelbagai aktiviti lasak seperti ATV, flying fox dan sebagainya.

Harga tiket masuk: RM3 (Dewasa) , RM1 (Kanak-kanak)

Waktu operasi:

9am – 5pm (Selasa hingga Ahad)

Alamat:

Taman Botani Negara, Seksyen 8,

40000 Shah Alam, Selangor.

10. Bukit Kiara Park, TTDI

Image via @salleharoslan (Instagram)

Image via @weisan1204 (Instagram)

Untuk penduduk TTDI, Bukit Kiara ini tidak menjadi asing lagi bagi mereka. Ini salah satu tempat untuk masyarakat beriadah seperti berjoging, berbasikal atau hiking. Kalau pergi sini, jaga-jaga sebab ada monyet!

Harga tiket masuk: Percuma

Waktu operasi:

6am – 9pm (Setiap hari)

Alamat:

Jalan Abang Haji Openg, TTDI Hills,

60000 Kuala Lumpur, WPKL.

11. Taman Tasik Metropolitan Kepong, Kepong

Image via @michellechai13 (Instagram)

Image via @asherapth (Instagram)

Apa yang menarik di taman ini ialah ramai yang suka bermain layang-layang di sini. Mana taknya, taman ini mempunyai padang yang luas!

Harga tiket masuk: Percuma

Waktu operasi:

6am – 8pm (Setiap hari)

Alamat:

Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden,

52100 Kuala Lumpur, WPKL.

12. Setia Alam Central Park, Shah Alam

Image via @cedric.lovenature (Instagram)

Image via Landezine International Landscape Award

Perlukan senaman joging setiap pagi atau petang? Setia Alam Central Park sesuai untuk sesiapa yang sukakan joging!

Harga tiket masuk: Percuma

Waktu operasi:

24 jam (Setiap hari)

Alamat:

Persiaran Setia Indah, Setia Alam,

40170 Shah Alam, Selangor.

13. Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong

Image via @chyuwy (Instagram)

Image via Trip Advisor

FRIM merupakan hutan simpan negara yang membenarkan pengunjung untuk masuk. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Antaranya, hiking, mandi air terjun, joging dan sebagainya.

Harga tiket masuk: RM1 (Pemegang MyKad) & RM5 (Bukan pemegang MyKad)

Waktu operasi:

6am – 7pm (Isnin hingga Jumaat)

6am – 7pm (Sabtu, Ahad, Cuti Am)

Alamat:

Forest Research Institute Malaysia,

52109 Kepong,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia

14. Taman Tasik Permaisuri Cheras, Cheras

Image via New Straits Time

Image via Trip Advisor

Ini tempat yang perfect untuk ambil angin petang-petang! Dengan dilindungi oleh pokok-pokok yang besar, tak terasa panas terik.

Harga tiket masuk: Percuma

Waktu operasi:

24 jam (Setiap hari)

Alamat:

Jalan Tasik Permaisuri 2

Bandar Tun Razak,

56000 Kuala Lumpur.

15. Taman Persahabatan Selangor – Jepun

Image via Remaja

Image via Remaja

Taman yang berkonsepkan budaya Jepun ini baru dibuka beberapa hari yang lepas. Tak dapat pergi Jepun? Jangan risau, boleh singgah di Shah Alam. Taman ini dibina sebagai tanda penghargaan kepada pihak Jepun. Jangan lupa bawa family datang sini! 

Harga tiket masuk: Percuma 

Waktu operasi: 

10am – 7pm (Setiap hari) 

Alamat: 

Bersebelahan Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Dah boleh mula plan dah, jangan lupa untuk pakai pelitup muka dan jaga jarak fizikal 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments