Friday, November 15, 2024
HomeBREAKING NEWSPeniaga Jepun cipta topeng wajah ‘seni’ berwajah tiga dimensi

Peniaga Jepun cipta topeng wajah ‘seni’ berwajah tiga dimensi

Okawara menunjukkan topeng wajah tiga dimensi yang dihasilkannya. (Gambar Reuters)

Setahun menjelang wabak virus korona, seorang peniaga Jepun mencipta topeng wajah tiga dimensi sebagai pelitup muka bagi memberikan satu kelainan.

Topeng ciptaan Shuhei Okawara, 30, mungkin tidak mempunyai aspek perlindungan terhadap virus berkenaan namun, dengan memakainya, anda berpeluang menyerupai seorang dewasa berbangsa Jepun.

“Kedai topeng di Venice mungkin tidak membeli atau menjual wajah orang namun, tidak mustahil berlaku dalam kisah fantasi. Saya melakukannya kerana ia menyeronokkan.” katanya.

Topeng itu akan dijual mulai awal tahun depan dengan harga 98,000 yen setiap satu di kedainya di Tokyo, Kamenya Omote, yang terkenal membekalkan aksesori majlis serta persembahan teater.

Okawara memilih wajahnya sendiri sebagai model dan membayar 40,000 yen, daripada lebih 100 pemohon yang menghantar gambar mereka selepas beliau melancarkan projek itu pada Okt lalu.

Seorang artis kemudian membuat topeng dihasilkan pada pencetak 3D berdasarkan gambar ‘pemenangnya.’

Okawara mendakwa, tinjauan awal mendapati ramai yang berminat membeli topeng tersebut.

“Seperti biasa, tidak ramai yang membuat pembelian untuk tujuan khusus. Mereka lebih suka memilih barang yang dianggap hasil seni,” katanya.

Beliau bercadang menambah wajah baru termasuk dari luar negara untuk topeng-topengnya, sedikit demi sedikit.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments