Friday, November 15, 2024
HomeBREAKING NEWSPengarah drama direman atas dakwaan cabul wanita

Pengarah drama direman atas dakwaan cabul wanita

Suspek berusia 22 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pagi semalam sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

KOTA BHARU: Seorang penerbit dan pengarah drama direman dua hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul seorang wanita Ogos lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Kamarul Hasyime Rosli di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

Terdahulu, suspek berumur 22 tahun itu tiba di mahkamah kira-kira 10.35 pagi tadi sambil diiringi polis.

Siasatan terhadap lelaki yang juga pengguna YouTube itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Jumaat lalu, seorang wanita membuat laporan polis terhadap suspek yang beralamat di Kuantan, Pahang itu, berhubung dakwaan dicabul lelaki terbabit selepas sesi penggambaran sebuah drama pada 2 Ogos lalu di Kubang Kerian.

Suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pagi semalam sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments