Wednesday, May 1, 2024
HomeBREAKING NEWSPendeposit akaun Tabung Haji kini boleh simpan wang secara ‘online’

Pendeposit akaun Tabung Haji kini boleh simpan wang secara ‘online’

Menurut TH, penaiktarafan itu akan menamatkan urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter cawangan Pos Malaysia mulai 2 Jan 2021.

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan perkhidmatan deposit wang ke akaun pengguna dinaik taraf kepada sistem secara dalam talian.

Sehubungan itu katanya, urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan mulai 2 Jan 2021.

“Lembaga Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan bahawa kerjasama dengan Pos Malaysia telah dinaik taraf dengan pengenalan perkhidmatan deposit wang ke akaun TH secara dalam talian (online) melalui Pos Online di www.posonline.com.my.”

Dana haji itu berkata, ini seiring dengan usaha bersama Pos Malaysia untuk meningkatkan perkhidmatan secara digital yang lebih mudah dan berkesan.

“Ini juga dapat memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan (CCD) dipenuhi sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

TH berkata, pengguna akaun boleh menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC), di talian +603- 6207 1919 atau emel di [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments