Sunday, September 22, 2024
HomeBREAKING NEWSPekerja tapak binaan maut tertimbus di Kuantan

Pekerja tapak binaan maut tertimbus di Kuantan

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan tindakan selanjutnya.

KUANTAN: Seorang pekerja kontrak dipercayai warga Bangladesh maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di KotaSAS.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, enam anggota dari balai bomba Indera Mahkota dikejarkan ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 2 petang.

“Kami menggunakan dua pengorek kaut untuk menggali tanah di tapak pembinaan sebelum mangsa ditemui pada 2.30 petang, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan tindakan selanjutnya.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments