Wednesday, April 24, 2024
HomeBREAKING NEWSPadah Dukung Anak Dibelakang Badan Sambil Berbasikal, Wanita Ini Kena 'Warning' Polis

Padah Dukung Anak Dibelakang Badan Sambil Berbasikal, Wanita Ini Kena ‘Warning’ Polis

Pihak polis memberi amaran kepada mana-mana penunggang basikal terutamanya kepada seorang wanita yang didapati berbasikal sambil mendukung anak di belakang badannya

Perbuatan itu bukan sahaja mengundang risiko keselamatan, bahkan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika berlaku kemalangan.

Menurut laporan, itu reaksi diberi Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias mengenai satu gambar wanita itu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Azisman mengakui aktiviti berbasikal menjadi trend ketika ini, namun tidak semua memandang serius mengenai peraturan, undang-undang dan keselamatan di jalan raya.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.
Image via Berita Harian

Menyelar tindakan wanita yang membawa anak kecil ketika berbasikal itu kerana ia mendatangkan risiko keselamatan diri serta anaknya

“Cara berbasikal juga tidak mengikut peraturan jalan raya ditetapkan apabila tidak berada dalam satu barisan serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Tambah Azisman, kesalahan menunggang basikal secara berbahaya boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelasnya lagi, sekiranya berlaku kemalangan dan mendatangkan mudarat kepada anak yang dibawa ketika melakukan aktiviti itu, mereka boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.

Oleh itu, beliau menyeru orang awam supaya mengikut peraturan jalan raya dan menghindarkan diri daripada melakukan aktiviti berbasikal yang boleh membahayakan keselamatan.

Image via Ah Fatt Channel

Dalam pada itu, tinjauan ruangan komen pada gambar itu di Facebook mengundang pelbagai reaksi netizen dan rata-ratanya turut mengecam tindakan wanita berkenaan

Berikut di bawah antara komen yang ditinggalkan oleh netizen mengenai gambar itu:

Image via Ah Fatt Channel

Image via Ah Fatt Channel

Image via Ah Fatt Channel

Image via Ah Fatt Channel

Image via Ah Fatt Channel

Image via Ah Fatt Channel

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments