Saturday, October 5, 2024
HomeBREAKING NEWSOsteoporosis & Gejalanya

Osteoporosis & Gejalanya

Osteoporosis sering terjadi terutama kepada mereka yang berusia. (Gambar Rawpixel)

Osteoporosis adalah disebabkan oleh kurangnya ketumpatan tulang hingga menyebabkan tulang mengalami pereputan dan hilang jaringan. Umumnya, tulang manusia yang sihat kelihatan seperti sarang lebah. Tetapi tulang penderita osteoporosis kelihatan lebih berongga.

Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi begitu rapuh sehinggakan lebih mudah untuk patah. Aktiviti-aktiviti seperti membongkok, mengangkat barang atau batuk boleh menyebabkan keretakan.

Penyakit osteoporosis sering terjadi terutama kepada mereka yang berusia. Namun, ia juga boleh menyerang sesiapa sahaja, samada wanita, lelaki, golongan muda dan kanak-kanak.

Gejala

Osteoporosis jarang menimbulkan gejala dan biasanya diketahui ketika penderitanya jatuh atau mengalami cedera yang menyebabkan patah tulang.

Bahagian tulang yang kerap terjejas adalah tulang pergelangan tangan, tulang spina dan tulang pinggul.

Komplikasi kepatahan tulang pinggul akibat osteoporosis boleh menyebabkan kadar kematian sehingga 25% dalam tahun pertama. Dijangkakan hanya 25% dari pesakit ini akan kembali ke tahap aktiviti normal.

Osteoporosis boleh membuatkan penderita bongkok sehingga tinggi badannya merosot. Ia turut membuatkan pesakit tidak selesa kerana menghadkan pergerakan mereka sehingga menjadikan mengalami depresi.

Penyebab

Kekuatan tulang adalah bergantung kepada ketumpatan tulang dan tahap kandungan garam kalsium dan fosforus di dalam tulang. Apabila tahap kandungan garam ini menjadi kurang, tulang akan menjadi lemah.

Umumnya, jaringan tulang di tubuh manusia akan berkurangan seiring bertambahnya usia. Namun, beberapa orang kehilangan jaringan tulang lebih cepat dari biasa.

Jaringan tulang wanita akan berkurangan secara drastik dalam beberapa tahun pertama setelah menopause. Ia disebabkan oleh kurangnya hormon estrogen yang berperanan menjaga kepadatan tulang. Maka, kerana itulah wanita yang sudah menopause lebih berisiko terkena osteoporosis berbanding lelaki.

Beberapa faktor risiko penyebab osteoporosis di antaranya:

  • Kesan sampingan mengambil ubatan berunsur steroid dalam jumlah yang tinggi
  • Peradangan, gangguan hormon, atau masalah penyerapan zat gizi tertentu
  • Wanita yang mengalami menopause.
  • Kurus
  • Sejarah keluarga osteoporosis
  • Mengalami gangguan makan iaitu anoreksia atau bulimia
  • Memiliki indeks zat tubuh yang rendahnya
  • Tidak bersukan secara teratur
  • Mengambil kafien yang berlebihan
  • Minum minuman keras dan merokok yang berlebihan

Jika anda mempunya beberapa faktor risiko penyebab osteoporosis di atas, lakukanlah pemeriksaan kepadatan tulang secara berkala.

Pencegahan

Ada beberapa cara menjaga kesihatan tulang sekaligus menghindari osteoporosis, antara lain:

  • Bersukan secara teratur
  • Ambil makanan kaya kalsium dan vitamin D setiap hari
  • Kurangkan pengambilan kafien
  • Kurangkan merokok dan mengambil minuman keras

Aktiviti seperti berenang dan berlari boleh membantu untuk menguatkan tulang dan boleh menghindarkan osteoporosis.

Dapatkan nasihat doktor jika anda berisiko terkena osteoporosis.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments