Sunday, May 19, 2024
HomeBREAKING NEWSNetanyahu dikuarantin selepas jadi kontak rapat kes Covid-19

Netanyahu dikuarantin selepas jadi kontak rapat kes Covid-19

Benjamin Netanyahu diarahkan menjalani kuarantin kendiri selama lima hari sehingga Jumaat ini. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diarahkan menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat kepada individu yang disahkan positif Covid-19, kata jurucakapnya pada Isnin.

The Jerusalem Post melaporkan beliau disahkan negatif Covid-19 pada Ahad dan Isnin lalu, tetapi masih perlu menjalani kuarantin selama lima hari.

Netanyahu menjadi kontak rapat Michael Kleiner, pemimpin partinya Likud pada 8 Dis lalu, dan Kleiner hanya disahkan positif virus itu semalam.

Netanhayu membatalkan rancangan untuk menghadiri sebuah persidangan di Baitulmaqdis dan menjalani siasatan epidemiologi.

Menteri Kewangan Israel, Israel Katz turut menjadi kontak rapat Kleiner Selasa minggu lalu.

Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri turut dijangkiti Covid-19 Ahad lalu, tetapi Netanyahu bukan kontak rapatnya.

Ia kali ketiga Netanyahu menjalani kuarantin kendiri, walaupun tidak dijangkiti Covid-19.

Mesyuarat Kabinet diadakan menerusi persidangan video beberapa bulan ini untuk membolehkan beliau menyertai ketika menjalani kuarantin kendiri.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments