Wednesday, December 25, 2024
HomeBREAKING NEWSNahas pesawat Sriwijaya, Korea Selatan hantar kapal bantu misi mencari, menyelamat

Nahas pesawat Sriwijaya, Korea Selatan hantar kapal bantu misi mencari, menyelamat

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta. (Gambar Twitter)

SEOUL: Korea Selatan pada Isnin menghantar sebuah kapal untuk membantu operasi mencari dan menyelamat susulan nahas udara membabitkan pesawat komersial Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kapal seberat 12 tan yang dilengkapi sistem dan peralatan canggih untuk menjalankan misi mencari di bawah laut itu dijadual tiba lewat Isnin, menurut kenyataan Kementerian Laut dan Perikanan.

Kementerian berkata kapal itu dihantar susulan permintaan kerajaan Indonesia.

“Kami mengucapkan takziah. Kami merancang untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada kerajaan Indonesia berdasarkan permintaan,” tambah kenyataan itu.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta,pada 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan udara adalah pada 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

Pesawat itu dijadual tiba di Pontianak, pada 3.15 waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments