Umum sedia maklum, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan sejak 13 Januari lalu, pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah dikuatkuasakan di negara ini
Ini termasuklah SOP solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh PKP 2.0, dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau serta dibenarkan dengan maksimum 30 jemaah.
Begitupun, mulai hari ini (5 Februari 2021) jumlah jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diperluas kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.
Berbeza pula dengan situasi di negara Jepun dalam mengendalikan SOP solat Jumaat di negara itu dengan menawarkan jalan penyelesaian yang agak menarik untuk para jemaah.
Perkongsian itu dimuat naik oleh rakyat Malaysia sendiri, yang tinggal dan bekerja di negara matahari terbit berkenaan di media sosial Facebook miliknya.
Lihat perkongsian penuhnya di bawah:
Solat Jumaat diadakan sebanyak 2 kali sehari di Jepun
Menurutnya, di Jepun, solat Jumaat di masjid menawarkan jalan penyelesaian yang agak menarik. Yakni, solat Jumaat diadakan sebanyak dua kali sehari.
Bagi mereka yang solat Jumaat pada waktu rehat tengah hari, boleh datang pada waktu biasa iaitu pukul 12.40 tengah hari mula khutbah.
Bagi yang berniaga, cuti atau mempunyai masa yang lebih fleksibel, digalakkan untuk datang pada solat waktu kedua iaitu pukul 1.30 petang.
Dengan cara ini, lebih ramai jemaah boleh menunaikan solat Jumaat dan tanpa melanggar SOP mencegah Covid-19 ini.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!