Wednesday, May 8, 2024
HomeNewsMerungkai Segala Isu Sosial, Kini Budak Tebing Kembali Dengan Musim Baru

Merungkai Segala Isu Sosial, Kini Budak Tebing Kembali Dengan Musim Baru

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Drama popular TV3 Budak Tebing arahan Feroz Kader kini kembali dengan siri terbaru iaitu Budak Tebing 2

Drama ini akan disiarkan di slot Lestary bermula 18 Jun 2021 setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9 malam.

Drama bersiri 13 episod mengisahkan isu kekeluargaan serta penderaan hasil nukilan skrip Janjira, PGR’s team dan Sofia Aliza yang menyaksikan barisan pelakon terdahulu seperti Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Faiz Isqandar dan Firdaus Ghufran.

Image via TV3 Malaysia

Drama bersiri Budak Tebing mengisahkan tentang masalah sosial dalam kalangan remaja

Drama itu telah mendapat perhatian serta ikutan ramai sejak disiarkan. Menurut pengarah Budak Tebing 2, dia mengharap drama kali ini dapat membuka mata para penonton mengenai isu penderaan kanak-kanak, jenayah dan kekeluargaan yang berleluasa.

Budak Tebing 2 ialah kesinambungan drama Budak Tebing berkisarkan kehidupan Tongki, Arif dan Talam selepas gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis).

Tongki perlu menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering dikhianati. Arif pula terpaksa menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba.

Selepas membatalkan hasrat ke London, Laura cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua kanak-kanak gelandangan yang akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.

Jangan lupa saksikan drama ini di slot Lestary TV3 dan iQiyi!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments