Monday, October 7, 2024
HomeBREAKING NEWSMeninggal Dunia Di Usia 98 Tahun, Ini Fakta Tentang Allahyarham Prof Diraja...

Meninggal Dunia Di Usia 98 Tahun, Ini Fakta Tentang Allahyarham Prof Diraja Ungku Aziz

Umum dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh terbilang di Malaysia, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz pada 15 Disember 2020

Menurut sumber, allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Prince Court di ibu negara pada pukul 4.30 petang.

Allahyarham dikatakan meninggal akibat sakit tua. Isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran berkata jenazah Prof Ungku Aziz telah dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dikebumikan malam semalam di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Beberapa pemimpin dan personaliti tanah air turut berkongsi kesedihan di atas pemergian tokoh ekonomi terulung negara itu.

Ini fakta menarik tentang allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz yang anda perlu tahu:

Image via Astro Awani

  • Dilahirkan di Hampstead, England pada 28 Januari 1922.
  • Ungku Aziz adalah tokoh terbilang dalam bidang ekonomi dan merupakan seorang ahli akademik yang disegani.

  • Merupakan naib canselor Universiti Malaya yang pertama dan paling lama berkhidmat, allahyarham ialah ahli ekonomi Melayu pertama dan satu-satunya orang yang diberi status Profesor Diraja di Malaysia.

  • Anak perempuannya merupakan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Image via Berita Semasa

  • Berperanan dalam penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Lembaga Tabung Haji dan Pertubuhan Koperasi Nasional Malaysia (Angkasa).

  • Berkelulusan dari English College di Johor Bharu dan Malay School di Batu Pahat, serta mendapat pendidikan tinggi di Raffles College, Singapura.

  • Allahyarham mendapat ijazah dalam bidang ekonomi pada tahun 1951, di Universiti Malaya (UM), Singapura sebelum memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sama di Universiti Waseda, Tokyo pada tahun 1964.

  • Allahyarham juga telah menulis lebih dari 50 buku mengenai masalah sosial dan ekonomi Malaysia.
  • Merupakan seorang perunding kepada pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Salam takziah buat seluruh keluarga allahyarham Prof Diraja Ungku Aziz. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments