Sunday, September 22, 2024
HomeBREAKING NEWSMat Sabu yakin kemelut Amanah Negeri Sembilan akan selesai secara baik

Mat Sabu yakin kemelut Amanah Negeri Sembilan akan selesai secara baik

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti politik lain juga alami perkara sama.

SEREMBAN: Presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan pergolakan yang berlaku dalam Amanah Negeri Sembilan sebagai perkara biasa dalam mana-mana parti politik.

Beliau juga yakin kemelut dihadapi itu dapat diselesaikan secara baik menerusi perbincangan.

“Parti politik lain juga alami perkara sama, tiada masalah, kita akan cari jalan terbaik berbincang, proses ini biasa dan saya yakin kami akan jadi lebih kuat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan konvensyen Amanah Negeri Sembilan.

Semalam, dilaporkan enam daripada lapan ketua kawasan Amanah Negeri Sembilan tidak akan menghadiri konvensyen parti itu kerana mendakwa kepimpinan Amanah negeri yang sedia ada tidak sah dan pemilihan semula perlu diadakan sebelum penganjuran konvensyen.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan ahli Dewan Rakyat yang mencukupi bagi membentuk kerajaan baharu, Mohamad berkata beliau juga sedang menunggu perkembangan selanjutnya.

Media semalam melaporkan Anwar yang juga ketua pembangkang sekali lagi akan cuba menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi mengemukakan bukti beliau kini mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments