Monday, December 23, 2024
HomeBREAKING NEWSMahkamah Agung AS tolak permohonan Republikan sekat kemenangan Biden

Mahkamah Agung AS tolak permohonan Republikan sekat kemenangan Biden

Keputusan mahkamah itu memberikan satu lagi tamparan hebat terhadap usaha Presiden Donald Trump selama ini.

WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Selasa menolak usaha Republikan untuk menyekat kemenangan bakal Presiden Joe Biden di Pennsylvania, lapor Agensi Anadolu.

Mahkamah menolak permohonan untuk membatalkan keputusan pilihan raya, yang disahkan Gabenor Tom Wolf.

Pennsylvania mempunyai 20 undi elektroral, yang akan bersidang pada 14 Disember untuk memberi undi mereka secara rasmi kepada Biden.

Keputusan mahkamah itu memberikan satu lagi tamparan hebat terhadap usaha Presiden Donald Trump selama ini.

Mahkamah Agung tidak memperincikan keputusannya yang menolak usaha terakhir sekutu Trump, dan tidak menyatakan perbezaan pendapat antara sembilan hakim tersebut.

Biden menang lebih 80,000 undi berbanding Trump di Pennsylvania, menurut The Associated Press.

Trump berulang kali mendakwa beliau menjadi mangsa penipuan besar-besaran selepas kalah dalam pilihan raya 3 November. Tetapi Trump atau sekutu politiknya atau pasukan perundangannya tidak dapat mengemukakan bukti jelas yang dapat menyokong dakwaan itu.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments