Nak masak lauk yang simple dan sedap? Ada ayam dan tofu dalam peti sejuk? Okay, onz dah boleh masak lauk ni!
Lauk ini sangat senang dihasilkan, kenyang pun kenyang…
Rasa tofu yang lembut dengan kuah yang manis manis pedas. Fuh, memang padu makan dengan nasi putih sahaja. Jom follow resepi yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli.
Bahan yang diperlukan:
- 4 ketul tauhu lembut atau tauhu kotak
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 hirisan halia
- 2 ketul isi ayam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar kicap
- Serbuk perasa ayam atau kiub pati ayam
- Minyak masak
- Minyak bijan
- 2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan air)
- Daun bawang
- Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Potong tauhu menjadi kecil.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan halia. Kemudian, masukkan isi ayam.
3. Masukkan serbuk cili yang dibancuh air, kacau sehingga pecah minyak. Tambahkan 1 cawan setengah air. Perasakan dengan garam, serbuk perasa ayam dan kicap. Gaul sehingga mendidih.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi likat.
5. Biarkan tauhu masak dan kuah menjadi likat. Seterusnya, taburkan hirisan daun bawang dan titiskan minyak bijan.
Sedia untuk dihidang… Selamat menjamu selera bersama nasi putih panas-panas. Fuh mantap!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!