Sunday, September 15, 2024
HomeBREAKING NEWSLebih 1K 'Shares', Ini Resepi Sup Ikan Merah Yang Sedap & Tak...

Lebih 1K ‘Shares’, Ini Resepi Sup Ikan Merah Yang Sedap & Tak Hanyir

Sup ikan merah memang sedap dan aromanya sangat menyelerakan…

Bayangkan makan dengan nasi putih sahaja, fuh mantap!

Image via Keep recipes

Biasa kalau masak sup ikan mesti hanyir kan? Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Azleen Abdullah. Confirm jadi dan licin pinggan anda! Let’s get cooking.

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 sudu besar biji ketumbar (atau serbuk)
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (atau serbuk)
  • 2 helai daun salam
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih

  • 1 batang kayu manis

  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 buntil pelaga
  • Tomato
  • Cili padi
  • Daun sup 

Image via Azleen Abdullah (Facebook)

Cara penyediaan:

1. Basuh ikan dan lumurkan dengan limau atau asam jawa. Rendam seketika supaya hilang bau hanyir. 

Image via Azleen Abdullah (Facebook)

2. Hiriskan bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar. 

3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar sehingga naik bau. 

Image via Azleen Abdullah (Facebook)

4. Masukkan semua serbuk. Letakkan air yang secukupnya.

Image via Azleen Abdullah (Facebook)

5. Letakkan 3 sekawan (1 batang kayu manis,1 kuntun bunga lawang dan 1 buntil pelaga).

Image via Azleen Abdullah (Facebook)

6. Masukkan ikan merah dan biarkan sehingga masak. Perasakan dengan garam dan kiub ayam. Kemudian, masukkan tomato, cili padi dan daun sup. Siap!

Image via Azleen Abdullah (Facebook)

Siap dah sup ikan yang panas-panas. Hidangkan dan selamat menjamu selera!

Image via Azleen Abdullah (Facebook)

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Check out resepi-resepi yang sedap:

Jom tengok alat dapur yang berguna:

Ikuti tips-tips dapur ini:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments