Monday, November 18, 2024
HomeBREAKING NEWSLebih 1,900 kes COVID-19, 117 di ICU

Lebih 1,900 kes COVID-19, 117 di ICU

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,925 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,915 adalah penularan tempatan, manakala baki 10 kes adalah jangkitan di luar negara.

Jumlah jangkitan COVID-19 yang direkodkan kini sebanyak 108,615 kes.

Ketika ini, sebanyak 21,443 mangsa sedang dirawat, dengan 117 pesakit di ICU dan 55 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 1,123 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama.

Dua kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah korban 457 orang.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments