Monday, November 18, 2024
HomeBREAKING NEWS‘Lara’ cecah 2.3 juta tontonan di YouTube

‘Lara’ cecah 2.3 juta tontonan di YouTube

Lara, single terbaharu gabungan tiga suara hebat Hael Husaini, Haqiem Rusli dan Naim Daniel.

Baru saja dilancarkan pada bulan lepas, lagu ‘Lara’ terus mendapat sambutan luar biasa apabila jumlah tontonan di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment telah pun mencecah sebanyak 2.3 juta.

Lara, adalah single hasil gabungan tiga suara hebat di industri muzik tanahair iaitu juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 2017 dan 2018, Hael Husaini, dan pemenang tempat ketiga AJL 2017, juga Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33, Haqiem Rusli dan juara AJL 2019, Naim Daniel.

Lara ditulis dan digubah oleh Hael Husaini bersama komposer MFMF dan turut mendapat sentuhan daripada Haqiem Rusli dan Naim Daniel.

“Kami amat bangga dengan pencapaian lagu Lara kerana saya percaya dengan kekuatan lagu tersebut.

“Sambutan yang diterima sungguh menakjubkan dan saya harap semoga lagu ini mampu pergi jauh dan tercalon pada AJL yang akan datang,” ujar Encik Feros Sayna, Ketua Label Rocketfuel Entertainment.

Lagu ‘Lara’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala video lirik dan muzik lagu ‘Lara’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments