Wednesday, November 27, 2024
HomeBREAKING NEWSKuarantin maksimum 7 hari jika disaring 3 hari sebelum pulang ke Malaysia

Kuarantin maksimum 7 hari jika disaring 3 hari sebelum pulang ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Tempoh maksimum kuarantin wajib bagi pengembara yang disaring untuk Covid-19 tiga hari sebelum berlepas ke Malaysia adalah tujuh hari berbanding 10 hari jika tak disaring, selepas kerajaan mengumumkan tempoh kuarantin wajib 14 hari dipendekkan bermula semalam.

“Jika pengembara tidak dapat untuk melakukan saringan sebelum berlepas pulang, mereka perlu menjalani saringan sejurus tiba di Malaysia dan jika didapati negatif, mereka perlu menjalani kuarantin wajib maksimum 10 hari,” kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media.

Mengatakan pemendekan tempoh kuarantin selaras laporan klinikal terkini dari seluruh dunia, Ismail berkata UK, Jerman, dan Belgium memendekkan tempoh kuarantin kepada 10 hari manakala Perancis pula tujuh hari.

Beliau juga melaporkan sebanyak 86,344 individu selamat pulang ke tanah air dalam tempoh antara 24 Julai sehingga 14 Dis.

Semalam, Kementerian Kesihatan berkata pengurangan tempoh kuarantin dari 14 kepada 10 hari tidak memberikan perubahan ketara dalam risiko jangkitan Covid-19.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments