Wednesday, October 9, 2024
HomeNewsKongsi Kisah Pekerja Malaysia Terkandas Di Singapura, Video McD Ini Buat Ramai...

Kongsi Kisah Pekerja Malaysia Terkandas Di Singapura, Video McD Ini Buat Ramai Tersentuh

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bulan Ramadan kali ini merupakan tahun kedua umat Islam menjalaninya dalam suasana pandemik Covid-19

Walaupun kerajaan sudah membenarkan solat tarawih dan bazar ramadan boleh dibuka, tetapi penjarakan sosial dan keselamatan diri adalah tetap harus dijaga.

Umum juga mengetahui yang perjalanan merentas negeri masih dilarang oleh kerajaan bagi mengurangkan wabak ini daripada terus merebak. Sudah tentu ramai yang sedih kerana tidak boleh berjumpa dengan orang tersayang. Malah, ada yang sampai terkandas di negeri lain.

Baru-baru ini, restoran makanan segera terkenal McDonald’s telah mengeluarkan satu video iklan pendek dan ia telah dikongsikan semula oleh salah seorang pekerja Malaysia yang berada di Singapura di laman Twitter.

Lihat video penuh itu di bawah:

Video iklan McD Singapura ternyata menyentuh hati ramai

Menerusi video tersebut, ia memaparkan perkongsian seorang lelaki pekerja Malaysia bernama Samsuri yang terkandas di Singapura akibat Covid-19.

Dia juga memberitahu terpaksa menjalan ibadah puasa di Singapura tanpa isteri dan anaknya.

Malah, terdapat beberapa orang lagi di dalam video tersebut yang berkongsi kisah mereka kerana terpaksa menjalani ibadah puasa tanpa kehadiran keluarga.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

“Allahu aku pula yang rasa sebak part last tu” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa sebak setelah melihat video tersebut.

Malah, ramai yang telah memberikan kata-kata semangat buat lelaki itu. Ada juga yang berkongsi kisah sama mereka apabila lama tidak berjumpa dengan orang tersayang.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 48.4K views, 1,570 retweets dan 1,888 likes di laman Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman Twitter:

Tiba-tiba mata masuk habuk lepas tengok video tu. Memang tersentuh :’)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments