PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,348 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 1,332 kes adalah penularan tempatan, manakala 16 kes adalah jangkitan di luar negara.
Ketika ini, sebanyak 18,279 mangsa sedang dirawat, dengan 102 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan 44 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, 710 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama.
Lima kematian dilaporkan, membabitkan 2 perempuan berusia 40 dan 67 tahun di Selangor, seorang lelaki usia 49 tahun di Sabah, seorang lelaki dari Kuala Lumpur berusia 71 dan seorang lagi lelaki di Negeri Sembilan berusia 68 tahun.
Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi untuk lapan hari berturut-turut, iaitu sebanyak 535 kes dan daripada jumlah ini, sebanyak 363 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat yang giat dijalankan.
“Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 226 kes dan Sabah sebanyak 189 kes,” katanya.