Friday, March 29, 2024
HomeBREAKING NEWSKerajaan jangka peroleh cukai luar biasa daripada kelapa sawit

Kerajaan jangka peroleh cukai luar biasa daripada kelapa sawit

(Gambar Bernama)

RAUB: Kerajaan dijangka akan memperoleh pendapatan menerusi cukai luar biasa berjumlah lebih RM500 juta sekiranya harga sawit terus stabil pada paras RM3,000 setan sehingga tahun hadapan.

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Ahmad Jazlan Yaakub berkata ini merupakan sumbangan penting industri sawit bagi sektor perladangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam situasi pandemik Covid-19 masih belum pulih di dalam negara.

“Harga sawit mungkin meningkat lebih tinggi kerana permintaan negara luar terus meningkat, ia juga disebabkan stok kita berada di bawah 2 juta tan iaitu lebih kurang 1.6 juta tan.

“Cukai luar biasa atau durian runtuh yang dikenakan ke atas hasil jualan sawit pada paras harga sekarang akan membolehkan negara mengutip cukai dalam anggaran RM348 juta.

“Jika harganya terus stabil pada paras RM3,300 setan ke atas sehingga 2021 kerajaan mungkin memperolehi RM500 juta atau lebih lagi,” katanya pada sidang media selepas Program Kempen MSPO Pekebun Kecil semalam.

Ahmad Jazlan berkata cukai luar biasa sebanyak 3% hanya dikenakan apabila harga sawit mencecah RM2,500 setan ke atas bagi Semenanjung manakala Sabah serta Sarawak dikenakan cukai 1.5% apabila komoditi itu mencecah RM3,000 setan ke atas.

Dalam pada itu, beliau meminta agar lebih ramai pekebun kecil persendirian bukan sepenuh masa tampil mendaftar untuk pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi memudahkan mereka memasarkan hasil sawit ke luar negara.

“Pekebun kecil di negara ini dianggarkan berjumlah 481,375 orang manakala pekebun kecil persendirian ialah seramai 248,182 orang dan mereka ini mengusahakan ladang seluas 959,444 hektar.

“Kita mendapati setakat ini lebih 30% dalam kalangan pekebun kecil yang sudah disijilkan dan ramai yang belum memilikinya terdiri daripada pekebun kecil persendirian.

“Sijil MSPO amat penting dan menjadi penanda aras bagi memenuhi permintaan di peringkat antarabangsa yang mana ia memberi keyakinan kepada negara pengimport bahawa minyak itu selamat digunakan,” katanya.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments