Sunday, December 29, 2024
HomeBREAKING NEWSKedudukan CEO TNB jadi spekulasi, kesatuan kata seolah ada ‘agenda tersembunyi’

Kedudukan CEO TNB jadi spekulasi, kesatuan kata seolah ada ‘agenda tersembunyi’

Amir Hamzah Azizan. (Gambar TNB)

PETALING JAYA: Kedudukan CEO Tenaga Nasional Berhad (TNB) jadi spekulasi, hingga mendorong kesatuan pekerja syarikat itu mengikrar sokongan penuh kepada Amir Hamzah Azizan.

Kesatuan Percantuman Pekerja TNB berkata penggunaan media untuk ‘menentukan nasib’ CEO TNB ‘aneh’ dan menimbulkan ‘pertanyaan serta ketidaktentuan’ dalam kalangan warga kerja.

Presiden Othman Alias hairan dengan desas-desus di media, “seolah-olah ada agenda tersembunyi yang sedang dirancangkan”. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai laporan yang sedang dimainkan itu.

“Kesatuan tidak mempertikaikan perlu atau tidak perubahan pucuk pimpinan, tetapi perubahan hendaklah dilaksanakan mengikut tatacara standard dan bukan menerusi media,” katanya dalam kenyataan.

Kesatuan juga menyeru kepada semua 13,000 ahlinya supaya bertenang dan tidak melayan khabar angin berkenaan kedudukan CEO.

“Kesatuan dengan ini mempertahankan dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Amir sebagai CEO TNB,” katanya.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments