Sunday, December 22, 2024
HomeBREAKING NEWSKawasan Highland Towers akan jadi tapak bersejarah, kata menteri

Kawasan Highland Towers akan jadi tapak bersejarah, kata menteri

Zuraida Kamaruddin berkata, tapak Highland Towers perlu diberikan nafas baru selepas penduduk setempat kurang senang dengan masalah sosial yang berlaku di sana.

PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak berhasrat membina tugu peringatan di tapak Highland Towers, sebaliknya ia mahu mengindahkan semula kawasan kondominium yang terbiar sejak 27 tahun lalu itu sebagai tapak bersejarah.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kawasan itu perlu diberikan nafas baru selepas penduduk setempat kurang senang dengan masalah sosial yang berlaku di sana.

“Hasrat itu bagi memperingati peristiwa tragis yang mengorbankan 48 penghuni kondominium berkenaan pada 11 Dis 1993 yang telah melakar sejarah hitam buat negara,” katanya dalam kenyataan malam ini.

“Perobohan bangunan terbiar selama 27 tahun ini akan diceriakan menerusi pembangunan tempat bersejarah serta dalam masa sama dapat menjamin kesejahteraan penduduk di kawasan Highland Towers.”

Penjelasan ini menyusul laporan media yang KPKT berhasrat membina tugu peringatan di tapak kondominium itu.

Pada Ogos 2018, Zuraida dilaporkan berkata, kerajaan merancang menjadikan tapak Highland Towers sebagai sebuah taman.

Katanya, tapak itu tidak sesuai untuk dibina bangunan atau rumah.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments