PETALING JAYA: Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan I, Noor Azmi Ghazali menafikan laporan dua portal berita yang beliau melanggar perintah kawalan pergerakan dengan menerima pelawat di pejabatnya di Putrajaya pada Rabu.
“Dakwaan itu dibuat dua portal itu tidak benar,” kata pejabat Azmi dalam kenyataan, merujuk Malaysiakini dan MalaysiaPost.com.
Katanya, Azmi menemui sekumpulan individu pada 12 Jan, sehari sebelum PKP berkuat kuasa dan gambar yang dimuat naik ke Facebook daripada pertemuan itu.
Pejabat Azmi menggesa dua portal berita itu menarik balik dakwaan itu.