PETALING JAYA: Ibu kepada bekas perdana menteri Najib Razak, Rahah Mohamed Noah, diberi penghormatan “Istiadat Pengebumian Negara” dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara esok.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan beliau mewakili kerajaan serta seluruh rakyat mengucapkan takziah kepada Najib dan seluruh ahli keluarga atas kepulangan ibunya.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Rahah Mohd Noah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang
beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam kenyataan.
Rahah ialah isteri kepada perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein, meninggal dunia pada usia 87 tahun petang tadi.
Difahamkan Rahah, yang dianugerahkan gelaran Tun, dalam keadaan uzur sekian lama.