Rindu popcorn? Jangan risau lagi, kali ini settle dah, tak perlu mengidam lagi. Boleh buat popcorn kat rumah je!
Boleh makan sambil tengok TV, Netflix and chill kan? Tunggu apa lagi? Jom ikuti resepi popcorn karamel yang dikongsikan oleh Fainda Farahin Fainda Farahin. Nampak menyelerakan! Senang je guys…
Bahan-bahan:
- 1 cawan bertih jagungÂ
- 5 sudu besar minyak masak
- 1 cawan gula perang
- 125g butter
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dengan menggunakan api kecil. Kemudian, masukkan bertih jagung. Kacau dan tutup periuk.Â
2. Tunggu sehingga bunyi pop-pop tanda dah masak. Keluarkan dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, masukkan gula perang dan biarkan sehingga larut.Â
4. Kemudian, masukkan butter. Gaul sehingga sebati.Â
5. Seterusnya, masukkan soda. Kacau sehingga warna menjadi cerah. Tutup api.Â
6. Tuangkan karamel tadi ke atas popcorn. Gaul rata.
7. Masukkan popcorn ke dalam loyang. Bakar selama 30 minit pada suhu 150°C. Keluarkan setiap 5 minit dan gaul supaya popcorn tak menjadi ketulan.Â
Siap, sejukkan sebelum makan… Dah boleh berNetflix!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!