Biasa masak spaghetti guna sos tomato puri yang dah siap kan? Haa, apa kata kita try buat sos sendiri. Lebih pure dan lebih banyak. Jangan risau, confirm sedap!
Caranya senang sahaja, hanya menggunakan tomato segar sebagai bahan utama. Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di laman Facebooknya. Tak sabar dah ni… Mari!
Bahan-bahan:
- 5 biji tomato
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Bawang putih
- Bawang Holland
- Isi ayam
- Serbuk Oregano
Cara penyediaan:
1. Mula-mula, basuh tomato. Kemudian, hiris bahagian luar dengan nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit selepas direbus.
2. Rebus tomato sehingga air mendidih (tak perlu lama).
3. Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Kemudian, lenyek tomato sehingga hancur.
4. Seterusnya, masak tomato yang telah dilenyek dengan menggunakan api sederhana. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga berair.
5. Tapiskan tomato untuk dapatkan puri tanpa biji.
6. Tumiskan bawang Holland dan bawang putih. Masukkan isi ayam kemudian puri tomato. Letakkan serbuk Oregano secukup rasa. Siap, sedia untuk dihidang bersama spaghetti.
Ta-daaaaa siap dah puri tomato yang dihidangkan bersama spaghetti! Selamat menjamu selera.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!