Memang seronok hidup dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Hanya di Malaysia, kita boleh menyambut pelbagai perayaan dalam setahun.
Krismas akan menghampiri dalam beberapa hari sahaja lagi. Mungkin anda ingin melawat teman baik yang tinggal berdekatan. Jangan lupa, bawakan hadiah untuk menceriakan harinya.
Beberapa idea berikut mungkin boleh membantu anda.
1. Lilin wangi
Mungkin bagi anda ia terlalu ringkas tetapi lilin boleh menjadi hadiah hebat kerana praktikal bagi setiap pemilik rumah sebagai hiasan, malah boleh mengharumkan kediaman.
Lilin juga unik kerana anda boleh memilih aroma untuk mencerminkan keperibadian penerima. Sama ada bunga, buah atau lilin bertema Krismas, semuanya sesuai untuk setiap orang. Anda juga boleh memilih lilin DIY untuk sesuatu yang lebih istimewa.
2. Hiasan dinding yang disesuaikan
Sekiranya anda mencari sesuatu yang lebih bermakna, anda boleh memilih hiasan dinding. Anda boleh menciptanya sendiri dengan menyusun lirik lagu, lakaran, karya seni, petikan filem, yang ada kena-mengena dengan si penerima sekaligus menjadikan ia sangat bermakna kepadanya.
Ini adalah hadiah hebat untuk keluarga atau rakan apabila anda merakam momen-momen istimewa dengan hiasan yang dapat menghangatkan hati mereka.
3. Kotak hadiah DIY
Sekiranya anda masih ragu-ragu mengenai apa yang harus diberikan, kotak hadiah DIY juga satu idea yang hebat.
Anda boleh mengisi kotak hadiah tersebut dengan pelbagai gula-gula dan makanan ringan, sabun wangi atau apa sahaja hadiah hebat untuk meraikan rakan istimewa di hari Krismas.
4. Alat pengurut
Masalah yang menimpa sewaktu pandemik Covid-19 memang memberi tekanan. Menghadiahkan alat pengurut mungkin merupakan cara yang baik untuk melepaskan tekanan itu.
Anda tidak memerlukan mesin yang besar dan mahal, tetapi pengurut ringkas dapat membantu melakukan beberapa keajaiban kecil dengan kelegaan yang lebih besar.
5. Baju tidur
Set baju tidur lengkap juga sesuai dijadikan hadiah Krismas. Anda boleh membeli baju tidur sutera bersulam atau dari kain kapas yang pastinya membuat si penerima tersenyum indah bila menerimanya.
Artikel ini telah diterbitkan pertama kali di kaodim.com
Salah satu platfom perkhidmatan tempatan yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara. Kaodim menghubungkan pengguna kepada penyedia perkhidmatan tempatan persendirian dan profesional – dengan pantas dan bebas gangguan. Dengan aplikasi Kaodim, pengguna boleh mengakses kepada perkhidmatan profesional untuk pengubahsuaian rumah, pembersihan pejabat dan banyak lagi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]