IPOH: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, melangkah keluar dari Istana Kinta tanpa sebarang komen kepada pemberita yang menunggu hasil pertemuannya dengan Sultan Perak, yang berlangsung selama kira-kira setengah jam di Istana Kinta pagi tadi.
Pemimpin parti Islam itu sekadar melambai kepada pemberita apabila keluar dari istana pada 11.39 pagi tadi.
Media difahamkan ibu pejabat PAS akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung pertemuan ini.
Terdahulu, Hadi tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Nazrin Shah, bagi memaklumkan kedudukan PAS berhubung krisis politik di Perak.
PAS sebelum ini mengumumkan ia tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan baharu, serta mengharakan tiga ADUNnya membatalkan pertemuan dengan Sultan Nazrin, ketika baginda menguruskan hal sokongan kepada calon menteri besar pilihan UMNO.
PAS kemudian memohon ampun kepada Sultan Nazrin atas “kekhilafan” mereka.