Monday, October 7, 2024
HomeNewsDr Rafidah Dedah Nama Frontliners Dipotong Terima Vaksin Awal Untuk Beri Laluan...

Dr Rafidah Dedah Nama Frontliners Dipotong Terima Vaksin Awal Untuk Beri Laluan Kepada VIP

Baru-baru ini, pakar perubatan terkenal Dr Rafidah Abdullah telah memuat naik satu ciapan di laman Twitter peribadinya meluahkan rasa kecewa berkenaan isu tentang frontliners

Beliau telah diberitahu oleh beberapa pihak bahawa senarai nama doktor, jururawat dan frontliners di Kelantan yang sepatutnya menjadi penerima awal vaksin Covid-19 telah dipotong.

Nama mereka pula digantikan dengan nama beberapa orang ahli politik serta exco-exco yang kurang dikenali.

Lihat ciapan penuh yang dimuat naik oleh Dr Rafidah di bawah:

Meminta agar pihak MOSTI mengambil tindakan atas isu tersebut

Menerusi ciapannya, beliau telah meluahkan rasa kecewa tentang hal berkenaan dan menyeru kepada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mengeluarkan senarai nama tersebut.

Susulan kes itu, YB Khairy Jamaluddin telah membalas ciapan Dr Rafidah dan berkata beliau telah memaklumkan hal tersebut kepada Dr Noor Hisham agar tiada pemotongan nama petugas barisan hadapan lagi selepas ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments