Saturday, November 16, 2024
HomeBREAKING NEWSDr M, ahli politik beri penghormatan terakhir kepada ibu Najib

Dr M, ahli politik beri penghormatan terakhir kepada ibu Najib

Dr Mahathir Mohamad tiba di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi pada 9.05 pagi dan turut diiringi ahli keluarga lain bagi memberi penghormatan terakhir kepada Tun Rahah Mohamed Noah. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali memberi penghormatan terakhir kepada Tun Rahah Mohamed Noah, ibu kepada perdana menteri keenam, Najib Razak.

Beliau tiba di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi pada 9.05 pagi dan turut diiringi ahli keluarga lain, termasuk Mukhriz.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen DAP, Yeo Bee Yin (Bakri), Teresa Kok (Seputeh) dan Young Syefura Othman (Ketari).

Rahah, 87, yang dilaporkan meninggal dunia petang semalam, ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court, akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments