Monday, September 23, 2024
HomeBREAKING NEWSDikait tandatangan SD sokong Anwar, Ahli Parlimen Kimanis pertimbang tindakan undang-undang

Dikait tandatangan SD sokong Anwar, Ahli Parlimen Kimanis pertimbang tindakan undang-undang

Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin nafi sokong Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin menafikan beliau antara 10 wakil rakyat UMNO yang menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Pada masa sama, beliau juga sedang mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa media dan pihak yang mengeluarkan dakwaan itu.

“Saya menafikan menandatangani SD dengan niat menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,” katanya dalam kenyataan.

Memetik kenyataan sumber, sebuah portal berita melaporkan 10 Ahli Parlimen UMNO termasuk bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi didakwa menyokong Anwar sebagai perdana menteri dengan menandatangani SD.

Selain itu, Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin.

Turut tersenarai Mohamad, Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub, Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah dan Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria.

Setakat ini, Mohamad, Bung dan Mohd Shahar menafikan terbabit dengan gerakan menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments