Thursday, March 28, 2024
HomeBREAKING NEWSCengkih dan khasiatnya

Cengkih dan khasiatnya

Bunga cengkih sering digunakan sebagai perencah masakan. (Gambar Rawpixel)

Bunga cengkih selain digunakan sebagai perencah dalam masakan ia juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Cengkih juga digunakan untuk menghasilkan wangian yang memberikan aroma kesegaran tersendiri.

Kajian di Universiti Kansas di Amerika Syarikat berkaitan rempah mendapati, cengkih bertindak sebagai anti bakteria dan dapat membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E.Coli) dalam daging.

Penyelidik Jepun pula mendapati, cengkih mengandungi anti oksida yang dapat membantu mencegah kerosakan sel yang menyebabkan barah.

Kajian lain mengenai rempah ini mendapati, eugnol yang dimiliki cengkih dapat mencegah pembekuan darah dan dapat membantu mencegah strok.

Dalam perubatan Cina pula, cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi masalah gangguan pencernaan. Rebusan cengkih bersama daun basil dan daun pudina, dipercayai dapat menurunkan tekanan.

Antara khasiat cengkih yang lain:

1. Mengurangkan rambut gugur dan berkelemumur

Masukkan beberapa biji cengkih ke dalam syampu dan gunakan ketika mandi. Selain mengurangkan rambut gugur dan kelemumur ia juga melebatkan rambut dan mengurangkan kegatalan kulit kepala.

2. Mengelakkan semut

Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.

3. Menghilangkan bau peti sejuk

Bagi menghilangkan bau yang kurang enak pada peti sejuk, masukkan segelas kecil bunga cengkih ke dalamnya. Ia akan memberikan bau yang wangi kepada peti sejuk.

4. Menghilangkan sakit gigi

Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan bahan campuran tersebut ke dalam gigi berlubang. Sakit gigi akan beransur pulih.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments