Wednesday, May 8, 2024
HomeBREAKING NEWSBerkenalan menerusi Wechat membawa padah, wanita dirogol enam lelaki

Berkenalan menerusi Wechat membawa padah, wanita dirogol enam lelaki

JOHOR BAHRU : Polis menahan enam lelaki berumur antara 18 dan 25 tahun yang disyaki merogol seorang wanita berumur 29 tahuni, hanya beberapa jam selepas menerima aduan daripada mangsa.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata wanita berkenaan diajak keluar oleh seorang suspek pada Ahad pukul 6.00 petang, sebelum dibawa ke sebuah rumah di Jalan Jambu Mawar 5, Taman Muhibah Saleng, Kulai.

Menurutnya, mangsa baru mengenali suspek bulan lalu menerusi aplikasi Wechat.

Wanita itu membuat panggilan kepada polis pada pukul 5.55 pagi keesokan harinya selepas dirogol oleh suspek dan lima rakannya.

Sepasukan polis kemudiannya menahan keenam-enam suspek di rumah berkenaan dan perkarangan Terminal Bas Kulai, antara pukul 8.50 pagi dan 1.50 petang.

“Hasil siasatan mendapati wanita itu dirogol secara bergilir-gilir oleh kesemua suspek yang ada di rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kesemua suspek ditahan reman sehingga 13 Dis dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun dan sebatan.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments