Sunday, October 6, 2024
HomeBREAKING NEWSBekalan air 861 kawasan di Selangor pulih 3 pagi tadi

Bekalan air 861 kawasan di Selangor pulih 3 pagi tadi

Pencemaran air mentah dikesan di Sungai Selangor, menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang serta LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dihenti tugas pada 8 Disember lalu.

KUALA LUMPUR: Bekalan air di 861 kawasan di Selangor membabitkan tujuh wilayah di Lembah Klang yang mengalami gangguan sejak Selasa, pulih sepenuhnya pada 3 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, pemulihan itu melibatkan pengguna di wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

“Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan kepada petugas barisan hadapan Air Selangor di semua wilayah yang terjejas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Gangguan bekalan air itu berlaku disebabkan pencemaran air mentah yang dikesan di Sungai Selangor, menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang serta LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dihenti tugas pada 8 Disember lalu.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments