Saturday, April 27, 2024
HomeNewsBawakan Konsep ‘Cinemagic’, Xiaomi 11T Pro Kini Hadir Untuk Penggemar Content &...

Bawakan Konsep ‘Cinemagic’, Xiaomi 11T Pro Kini Hadir Untuk Penggemar Content & Video!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh Xiaomi.

Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan telefon pintar siri Xiaomi 11T di pentas antarabangsa

Model Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro ini direka khas untuk memberi inspirasi dari segi kreativiti dalam kalangan pengguna telefon pintar.

Kali ini, Xiaomi merevolusikan dan menekankan bidang fotografi dan videografi dalam penciptaan telefon pintar dengan menawarkan banyak fitur pembuatan filem ‘Cinemagic’ yang inovatif.

Seperti yang semua ketahui, bidang fotografi dan videografi menjadi sangat penting semakin hari, malah pembuatan filem juga memerlukan alatan yang berat dan mahal.

Oleh sebab itu, tidak perlu risau kerana dengan hadirnya siri Xiaomi 11T, anda boleh untuk menghasilkan filem yang berteknologi tinggi dalam industri kini.

Image via Xiaomi Malaysia

Xiaomi 11T Pro membolehkan anda menghasilkan sinematografi filem yang mantap sepanjang hari

Image via Xiaomi Malaysia

Xiaomi 11T Pro dilengkapi dengan tiga kamera yang canggih. Ketiga-tiga kamera tersebut merangkumi kamera utama 108 MP (f/1.8, 26mm) PDAF, kamera ultrawide 8 MP (f/2.2, 120° ) dan kamera makro 5 MP (f/2.4, 50mm) AF. Selain itu, kamera depannya beresolusi 16 MP (f/2.5).

Di samping itu, telefon pintar ini mempunyai keupayaan filemografi yang cukup mengagumkan dan luar biasa. Keupayaannya termasuklah satu klik mod AI Cinema, rakaman 8K dan HDR10+ yang membolehkan pengguna merakam video dengan teknologi ISO pintar yang juga terdapat dalam kamera digital.

Kelajuan mengecas sehingga 120W dengan Xiaomi HyperCharge

Image via Xiaomi Malaysia

Image via Xiaomi Malaysia

Xiaomi menggunakan cip yang lebih berkuasa iaitu Snapdragon 888 untuk meningkatkan lagi ciri AI. Ia memiliki pengecasan yang lebih pantas dan lebih berkuasa.

Telefon pintar ini juga disokong dengan bateri yang berkapasiti 5000 mAh dan teknologi HyperCharge 120 Watt yang mampu mengecas penuh hanya dalam 17 minit. Ini dapat dicapai melalui teknologi dual charge pumps, dual-cell battery structure, MTW, Aplikasi Graphene pada bateri Li-ion dan teknologi Mi-FC.

Keselamatan bateri dijamin oleh TÜV Rheinland Safe Fast-Charge System Certification, 34 ciri pengecasan dan keselamatan bateri, pemantauan suhu masa nyata dan langkah-langkah lain.

Paparan ‘Cinemagic’ tidak kira untuk bekerja atau bermain

Image via Xiaomi Malaysia

Powerhouse Cinemagic yang sebenar tidak akan lengkap tanpa paparan yang menakjubkan, tahan lama dan responsif bukan?

Xiaomi 11T Pro dilengkapi dengan paparan DisplayMate A+ rated 6,67″ FHD+120Hz AMOLED, TrueColor, Dolby Vision dan HDR10+.

Paparan yang mempamerkan lebih daripada 1 bilion warna dan menawarkan kecerahan puncak 1000 nits membolehkan anda melihat paparan yang lebih jelas dan puas.

Bukan saja mempunyai kadar pengambilan sentuhan sehingga 480Hz, malah ia dilindungi oleh kaca Gorilla terkuat setakat ini iaitu Corning, Gorilla dan Glass Victus.

Layar ini juga dilengkapi sejumlah fungsi perawatan mata untuk melindungi pengguna dari ketegangan mata, seperti True Display yang boleh menyesuaikan suhu warna sesuai dengan keadaan sekitarnya secara automatik. 

Audio yang imersif yang melengkapi segala fungsi telefon pintar

Image via Xiaomi Malaysia

Selain itu, Xiaomi 11T Pro juga mementingkan audio Dolby Atmos serta pembesar suara dwi khusus dengan SOUND BY Harman Kardon. Hadirkan audio yang menarik dalam pelbagai kategori kandungan seperti muzik, filem, podcast, dan permainan.

Hadir dengan 3 warna yang menarik, anda boleh membuat pra tempah mulai 23 September ini

Image via Xiaomi Malaysia

Dapatkan warna kegemaran anda iaitu Meteorite Gray, Moonlight White atau Celestial Blue sekarang.

Pra tempahan dibuka mulai 23 September 2021 hingga 29 September 2021. Tarikh mula jualan rasmi adalah pada 2 Oktober 2021. Jangan lupa grab!

Senarai harga:

Dapatkan hadiah premium yang bernilai RM688 secara percuma semasa pra tempahan

Image via Xiaomi Malaysia

Anda akan berpeluang untuk dapatkan hadiah menarik daripada Xiaomi yang bernilai RM688. Full set! Antaranya termasuk:

* Terma dan syarat terpakai untuk semua item yang tertera di atas. Sementara stok masih ada.

Beli mana-mana produk Xiaomi 11T Series, anda juga berpeluang memenangi MI TV P1 43″ bernilai RM1799, seronoknya!

Image via Xiaomi Malaysia

Syaratnya adalah anda hanya perlu membeli mana-mana peranti siri Xiaomi 11T pada 2 Oktober hingga 4 Oktober dan anda layak untuk memasuki 1 entri cabutan bertuah untuk memenangi TV idaman anda!

Pesan sekarang di Lazada atau Shopee. Anda juga boleh mengunjungi Xiaomi’s Official Store bermula 2 Oktober!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments