Wednesday, May 8, 2024
HomeNews"Baru Tau Gelabah" - Sekumpulan Lelaki Sempat Menyorok Masa Lepak Lepas Nampak...

“Baru Tau Gelabah” – Sekumpulan Lelaki Sempat Menyorok Masa Lepak Lepas Nampak Polis Ronda

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Akibat pandemik yang melanda negara ini, pelbagai aktiviti telah dihadkan bagi mengurangkan penularan wabak penyakit Covid-19

Disebabkan itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di seluruh negara. Oleh itu, kita hanya dibenarkan untuk bergerak di dalam daerah saja untuk keselamatan semua.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan sekumpulan lelaki gelabah menyorok selepas ternampak rondaan polis semasa melepak depan rumah telah mencuri tumpuan.

LIhat video penuh itu di bawah:

Tengah lepak kat luar rumah tiba-tiba polis meronda. Mengelupur semua sembunyi. pic.twitter.com/BFmSO3Gv0C

— Penglipur Lara (@Tok_Tek) August 26, 2021

Gelabah lari lintang-pukang sebab nak menyorok

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang duduk di atas motosikal masing-masing sambil lepak di depan rumah.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila mereka semua berlari lintang-pukang ke dalam rumah apabila ternampak ada polis yang meronda di kawasan itu.

Lebih melucukan lagi apabila mereka semua berebut nak masuk ke dalam rumah sampai ada yang melompat. Ada juga yang merangkak dan meniarap seperti askar supaya tidak kelihatan oleh polis.

Image via @Tok_Tek (Twitter)

“Auto menggelibas, dah jadi askar wataniah dah tu” – Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat sekumpulan lelaki itu. Malah, ramai yang menyakat mereka.

 Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 268K views, 10K retweets, 1K quote tweets dan 14K likes di Twitter.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Teringat main permainan dipanggil polis sentri masak kecik kecik. Ni tengok dah tua bangke pun main peghh menggamit memori sungguh lah guna polis betul pulak tu

— ً (@hzqdanial) August 26, 2021

Hahahah terus macam army eh. Haritu pun kena macam ni juga. Tengok duduk santai, sekali imbas lampu biru. Terus campak badan atas lantai. Bengkak siku dekat 3 hari. Tak fikir panjang, atas simen jugak lompat

— (@Ar3ppp) August 26, 2021

Allahuakbar masing masing gaya macam tengah berlatih ketenteraan ya. Menghilangkan diri dari pihak lawan. Yang x pakai baju tu time seret badan tu harap harap x melecet

— Hariz Zakwan (@harizakwan) August 26, 2021

Pernah sekali pkp last year , tengah buat Bbq malam polis ronda menggelupur member masuk bawah kereta , lari masuk rumah tanpa jejak bunyi HAHAH , buat ii isap rokok. dekah masing masing nok harom

— eyrss (@nazrinhafz) August 26, 2021

Terus meniarap tu tak tahan

— Bila Nak Dapat Vaksin??? (@annafumi) August 26, 2021

Tolong someone edit dgn lagu mission impossible

— ηυяαιzαт αвdziz (@nuraizat_) August 26, 2021

Takut Covid Takut Polis

— Giarc Nibisna (@craigansibin) August 26, 2021

Bawah ketiak member pun jadi tempat persembunyian

— Kuzii (@kuzii_music) August 26, 2021

Aduh ingatkan ni scene gang kongsi kena ambush dengan gang lain yang bawak kapak ke parang, sekali ni gang tak berapa nak kongsi selamatkan diri dari dikompaun

— hafiz adzim (@mhafizaladzim) August 26, 2021

patut polis ronda senyap2. lampu dari jauh gitu perompak nampak pun menyorok sekali

— woyne (@won_shoh) August 26, 2021

auto jadi biawak komodo member tu

— Shiraa (@nxshiraa) August 26, 2021

Terus gelabah masing-masing lepas nampak polis ya! 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments