Friday, January 10, 2025
HomeBREAKING NEWSAustralia jejak sumber jangkitan Covid-19 selepas kluster kecil ditemui di Sydney

Australia jejak sumber jangkitan Covid-19 selepas kluster kecil ditemui di Sydney

Pihak berkuasa Australia bertungkus-lumus menjejak punca jangkitan terbaru Covid-19, selepas tiga kes baru dikesan di Sydney. (Gambar AFP)

SYDNEY: Australia pada Khamis bersegera menjejak sumber kes baru Covid-19 selepas satu kluster kecil wabak itu ditemui di bandar raya terbesar di negara itu, dengan pihak berkuasa menggesa penduduk menjalani ujian jika mereka menghidap simptom selsema.

Dua kes Covid-19 ditemui di subbandar tepi laut di bahagian utara Sydney, sehari selepas bandar raya itu mencatatkan tiga kes baru, sekali gus menamatkan tempoh hampir dua minggu tanpa kes.

“Kami mahu mengawal keadaan ini. Kami tidak mahu perkembangan ini menimbulkan kebimbangan pada hari-hari terakhir sebelum Krismas.

“Saya menggesa orang ramai supaya bersikap berhati-hati sepanjang masa,” kata Perdana Menteri New South Wales Gladys Berejiklian kepada pemberita.

Australia membuka sempadan dalam negerinya secara berhati-hati dan melonggarkan arahan penjarakan fizikal sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas tiada kes tempatan dilaporkan di hampir semua negeri dan wilayah.

Negara itu melaporkan lebih 28,000 kes Covid-19 dengan 908 kematian sejak wabak itu tercetus.

Ia menganggarkan terdapat lebih 50 kes aktif Covid-19 di negara itu dengan kebanyakannya merupakan pengembara yang pulang dari luar negara dan menjalani kuarantin di hotel.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments