Sunday, September 22, 2024
HomeBREAKING NEWSAlicia Keys jalankan perniagaan rawatan kulit dan jiwa

Alicia Keys jalankan perniagaan rawatan kulit dan jiwa

Alicia Keys kini memfokuskan kepada perniagaan jagaan kulitnya. (AFP pic)

Seperti tren, di waktu pandemik ini ramai selebriti Hollywood menjalankan perniagaan.

Terbaharu, Alicia Keys pula melancarkan peniagaan produk kecantikan penjagaan kulit diberi nama ‘Key Soulcare’.

Berkolaborasi dengan kosmetik E.l.f Beauty, Key Soulcare memfokuskan kepada kesihatan dan penjagaan wajah serta tidak menggunakan bahan dari haiwan atau “cruelty-free”.

Antara koleksi jagaan kulitnya adalah Sage + Oat Milk Candle, Skin Transformation Cream dan Obsidian Facial Roller.

Di samping itu, Alicia turut menjalinkan kerjasama dengan seorang pakar kulit, Dr Renée Snyder.

Tetapi paling menarik, produk-produk Alicia ini bukan hanya untuk kulit tetapi juga jiwa.

Produk-produk tersebut diformulasikan dengan kandungan “bakuchiol”, “malachite”, “ceramides”, dan “hyaluronic acid” untuk melembapkan semua jenis kulit.

“Produk penjagaan kulit ini memudahkan saya untuk mengeksplorasi lebih lanjut tentang kecantikan dan kesegaran.

“Saya berharap produk ini dapat membawa makna baru kepada kecantikan dengan menghormati ritual kehidupan sehari-hari dan mempraktikkan niat di setiap tindakan,” katanya.

Dia juga memberikan tips dalam melakukan perawatan wajah seperti menggunakan air mawar dan mengurut wajah.

“Dahulu, saya tidak boleh meninggalkan “make-up”. Setiap kali meninggalkan rumah, saya harus bersolek, jika tidak saya akan merasa risau,” kata Alicia.

Rasa tidak selesa pada penilaian orang lain akhirnya membuat Alicia berubah. Kulitnya jadi tidak sihat dan dia mula mengurangi solekan secara perlahan-lahan. Dari situ dia mula menerapkan penjagaan kulit wajah.

Selain merawat wajah dengan beberapa jenis produk, Keys juga melakukan akupunktur, makan makanan sihat, dan bersukan.

Jurusolek Alicia, Dotti mengatakan, bahawa Alicia tahu cara menjaga kulit secara dalaman agar kulit kelihatan lebih sihat dari luaran.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments