PETALING JAYA: Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan supaya pengisytiharan proklamasi darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.
Menerusi kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsudin, Agong memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos depan atau sehingga tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
BERITA LANJUT MENYUSUL