Thursday, March 6, 2025
HomeBREAKING NEWSAda atau tak perkhidmatan feri untuk kenderaan, soal EXCO pengangkutan

Ada atau tak perkhidmatan feri untuk kenderaan, soal EXCO pengangkutan

Peruntukan RM30 juta untuk Penang Ports Sdn Bhd (PPSB) dilihat bercanggah antara kementerian dan rakyat Pulau Pinang, termasuk Zairil, yang bimbang jika perkhidmatan sedia ada feri akan diteruskan atau tidak.

GEORGE TOWN: Perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang dilihat masih samar dengan percanggahan dua kementerian dan kerajaan negeri yang kini mahukan jawapan kukuh daripada pengusaha pelabuhan mengenai masa depan perkhidmatan pengangkutan melibatkan kenderaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Negeri Zairil Khir Johari berkata, negeri itu mengambil kenyataan Menteri Kewangan baru-baru ini, “perkhidmatan feri akan dikekalkan” secara status quo – di mana kereta, motosikal dan pejalan kaki diangkut – akan dikekalkan.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memberitahu Dewan Rakyat baru-baru ini, “perkhidmatan feri ikonik” Pulau Pinang akan diteruskan seperti biasa. Namun, Kementerian Pengangkutan membisu mengenai hal itu dan ia dipercayai rancangannya untuk membatalkan perkhidmatan sedia ada berjalan seperti dirancang.

Pengusaha pelabuhan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) berkata “bas air” baharu yang direka untuk membawa penumpang sahaja dan kapal khas yang membawa motosikal akan menggantikan perkhidmatan semasa feri pada pertengahan 2022.

Bagaimanapun, kereta akan dilarang menggunakan feri mulai 1 Januari, dengan satu feri lama hanya digunakan untuk motosikal.

Dalam kenyataan, Zairil berkata, pengguna harian bimbang, kerana penunggang motosikal terpaksa menggunakan jambatan negeri itu, yang akan membawa risiko keselamatan susulan penambahan kereta pada waktu puncak.

“Apakah akan berlaku kepada ribuan pengguna yang melintas setiap hari dalam kenderaan mereka, khususnya penunggang motosikal yang bakal menghadapi risiko yang tinggi sekiranya terpaksa menggunakan jambatan?,” soalnya.

Zairil berkata, sehingga kini tiada penjelasan diberi Kementerian Pengangkutan atau PPC, berkenaan kenyataan Tengku Zafrul.

“Adakah perkhidmatan feri untuk kenderaan akan diteruskan atau tidak? Kerajaan negeri menggesa Kementerian Pengangkutan segera menunaikan janji Tengku Zafrul serta permintaan rakyat Pulau Pinang yang mahukan supaya perkhidmatan feri bagi kenderaan dapat diteruskan menjelang 1 Januari 2021 ini.”

FMT telah menghubungi PPC untuk mendapatkan komen.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments